Sabtu, 29 Agustus 2009

Tulahan : Pengkisahan Sejarah Kemerdekaan

Salam,

Kemerdekaan negara akan disambut 31 Ogos ini. Kali ini tak semeriah tahun2 sebelum ini. Mungkin kerana H1N1. Tak ramai yang naikkan jalur gemilang. Bukan tak patriotik tapi dok rasa kalau naikkan bendera macam sokong kerajaan B1N1.

Beberapa tahun dulu, penulis ada cipta pengkisahan sejarah kemerdekaan versi penulis. Penulis paparkan dalam blog ini untuk tatapan bersama.

Pengkisahan Sejarah Kemerdekaan ini boleh dibaca di majlis-majlis rasmi kemerdekaan di sekolah, IPTdan Pejabat Kerajaan. Bacalah dengan intonasi suara yang bersemangat

24 Ogos 1511 - Setelah hampir 2 minggu mempertahankan bumi Melaka, akhirnya Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka, kerajaan Melayu terulung di nusantara jatuh ke tangan Benggali Putih berbangsa EropahPortugis.

Raja Ahmad putera Sultan Mahmud Syah gugur bersama beribu-ribu pejuang Melaka di medan berdarah.

Perjuangan mendapatkan semula Melaka bermula setelah kejatuhan Melaka. Sultan Mahmud Syah memimpin perjuangan mendapatkan kembali Melaka, namun A Famosa menjadi penghalang kemerdekaan Melaka.

1641 - Setelah lebih 100 tahun bertapak di Melaka, akhirnya runtuh juga Kota Melaka, namun kemerdekaan Melaka masih tak tercapai jua kerana Belanda pula menjadi penguasa. Perjuangan memerdekakan Melaka terus menyala. Raja Ali Haji memimpin perjuangan suci merebut Melaka dari Belanda.

1784 - Peristiwa sedih di Teluk Ketapang, Melaka. Raja Ali Haji terkorban bersama pengikutnya di tangan Belanda. Melaka tetap belum merdeka.

1824 - Perjanjian Inggeris-Belanda, bumi Melaka ternoda lagi, bangsa Eropah membahagi Gugusan Kepulauan Melayu, satu untuk engkau, satu untuk aku. Begitu mudah sekali seolah-olah Kepulauan Melayu kepunyaan datuk nenek mereka. Inilah padah kuasa di tangan penjajah. Mereka memecahkan peta rumpun Melayu nusantara.

Setelah Sultan Abdullah, Sultan Kedah ditipu dan dihina Francis Light untuk mengambil Pulau Pinang pada 1786, kemudian Sultan Husein, Sultan Johor diperdaya Stamford Raffles untuk mengambil Singapura pada 1819, kini bangsa Inggeris mendapat habuan Melaka dari perjanjian ciptaan mereka, adilkah?.


1874 - Kekayaan bahan mentah membuka mata penjajah. Bijih timah dan minyak adalah kekayaan tidak terkira nilainya. Inggeris mula mencipta alasan campurtangan di negeri-negeri Melayu, seumpama Amerika mencipta alasan untuk menyerang Iraq.

Bermula dengan Perjanjian Pangkor pada 1874 hingga 1895. Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang menjadi mangsa kerakusan Inggeris untuk menjadi kaya.

Bermula dari Perjanjian Burney pada 1826 hingga Perjanjian Bangkok pada 1909, Siam diugut dan menjadi mangsa tipu helah Inggeris mendapatkan negeri-negeri bunga emas Siam. Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu dipaksa tunduk kepada Inggeris.

1914 - Hanya Johor kekal merdeka. Inggeris kehilangan alasan, ketiadaan punca. Paduka Sultan Ibrahim mula diperdaya menyingkirkan Dato’ Abd Rahman Andak, penghalang utama Inggeris berkuasa diJohor. Johor negeri terakhir ditakluk Inggeris.

Sejak pengambilan Pulau Pinang pada1786 hinggalah Johor pada 1914, semangat mendapatkan kemerdekaan terus membara di hati orang-orang Melayu.

Mereka sanggup mati, sanggup dipenjara, sanggup diseksa dan sanggup dibuang negeri, namun undur tidak sekali. Lawan tetap lawan, perjuangan tetap diteruskan.

Dato’Maharajalela dan Dato’ Sagor mati di tali gantung Inggeris di Matang, Perak.

Tok Janggut dibunuh dengan buluh runcing. Mayatnya diseksa, diarak dengan kaki ke atas dan kepala ke bawah mengelilingi Pasir Putih, Kelantan.

Haji Abdul Rahman Limbong, 'Peguambela' rakyat Terengganu yang ditindas, dibuang negeri ke Mekah.

Dato’ Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau diburu Inggeris dari Pahang sehingga ke Patani, Siam dan terpaksa menetap di sana.

Mereka ini adalah pejuang agama, pejuang bangsa dan pejuang tanahair. Mereka juga tokoh kemerdekaan. Namun darah mereka yang mengalir masih belum mampu membebaskan negeri-negeri Melayu dari belenggu penjajah.

Awal kurun ke–20 - Kesedaran untuk mendapatkan kemerdekaan dicetus kembali. Syed Sheikh Al-Hadi, Sheikh Tahir Jalaluddin dan Haji Abas Taha lulusan Al-Azhar, Mesir mencetuskan idea pembaharuan Islam melalui Kaum Muda.

Dari Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) lahir Ibrahim Haji Yaakub, pengasas Kesatuan Melayu Muda (KMM). Tuntutan kemerdekaan yang berani menjadi sebab Ibrahim Haji Yaakub dipenjara Inggeris Oktober1941, tetapi dibebaskan bila Jepun menjajah Tanah Melayu.

Desakan dan tuntutan janji kemerdekaan dari Jepun oleh Ibrahim Haji Yaakub menyebabkan Jepun mengotakan janji mereka.

Ibrahim Haji Yaakub bersama Sukarno dari Indonesia ke Jepun bagi merundingkan kemerdekaan bersama Indonesia dan Tanah Melayu dengan nama Negara Melayu Raya.

Sukarno pulang dan mengisytiharkan kemerdekaan oleh Jepun. Kemerdekaan sudah hampir kepada Tanah Melayu, namun bom atom Amerika ke atas Nagasaki dan Hiroshima memusnahkan segalanya. Ibrahim Haji Yaakub tidak sempat mengisytiharkan kemerdekaan Tanah Melayu.

1946 - Malayan Union diperkenalkan. Peluang Dato’ Onn mencetuskan kebangkitan orang-orang Melayu. Kongres Melayu SeMalaya mengumpulkan semua persatuan Melayu melahirkan umno. Tentangan orang-orang Melayu menguburkan Malayan Union.

April 1947 - PUTERA pimpinan Dr. Burhanuddin Helmi dan AMCJA pimpinan Tan Cheng Lock gabungan parti-parti politik Melayu dan Cina mengemukakan Perlembagaan Rakyat bagi mengantikan Malayan Union tetapi ditolak Inggeris kerana menjejaskan kepentingan Inggeris di Tanah Melayu.

Jun 1948 - Pengisytiharan darurat. Inggeris menggunakan kesempatan ini untuk menangkap pemimpin Melayu yang tidak disenangi Inggeris

Dr. Burhanuddin Helmi, Ishak HajiMuhammad (Pak Sako), Ahmad Boestamam, Ust. Abu Bakar al-Baqir dan ramai lagi disumbat ke penjara di bawah undang-undang kejam Inggeris.

Kini hanya umno satu-satunya parti Melayu menjadi tempat pergantunggan orang-orang Melayu selepas banyak parti yang mendapat sokongan terbesar orang Melayu seperti PKMM, AWAS, API dan Hizbul Muslimin diharamkan dan ramai pemimpin Melayu ditangkap.

1955 - Pilihanraya umum pertama di Tanah Melayu, Perikatan gabungan umno, MCA dan MIC menang besar dalam pilihanraya ini.

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pengganti Dato’ Onn yang meletak jawatan, memimpin umno dan menjadi Ketua Menteri Tanah Melayu.

1 Jun 1956 - Tunku dan rombongan merdeka berangkat ke London dari Singapura menaiki kapal hingga Karachi dan kemudiannya menaiki kapal terbang ke London.

8 Feb 1957 - Tuntutan kemerdekaan dipersetujui dan ditandatangani di Lancester House, London antara Tunku dan Menteri Tanah Jajahan Inggeris, Alan Lennox Boyd, bagi pihak Inggeris. Suruhanjaya Reid merangka perlembagaan baru dibentuk.

21 Feb 1957 - Rombongan Tunku tiba di Padang Merdeka, Melaka dengan disambut puluhan ribu rakyat yang menunggu pengumumuman tarikh kemerdekaan Tanah Melayu.

9 Mei 1957 - Tunku sekali lagi pergi ke London untuk meneliti persiapan akhir kemerdekaan.

31 Ogos 1957 - 12.01 dinihari di Padang Kelab Selangor bangunan Sultan Abdul Samad, bendera Inggeris Union Jack diturunkan buat kali terakhir dan diganti dengan bendera Persekutuan Tanah Melayu disaksikan ribuan penduduk.

8.00 pagi di Stadium Merdeka. Tunku sebagai Perdana Menteri Malaya di hadapan wakil Ratu Elezabeth, Duke Of Glouster, Pesuruhjaya Tinggi Inggeris terakhir Donald Mac Gillivray, raja-raja Melayu dan orang kenamaan serta puluhan ribu rakyat mengisytiharkan Kemerdekaan Tanah Melayu yang berdaulat.

31 OGOS 1957
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!MERDEKA! MERDEKA!
Wasalam.
Read More >>

Jumat, 14 Agustus 2009

Tulahan : Terkenang gas ammonia

Salam,


Dua hari lepas ada tragedi kebocoran gas ammonia yang meragut enam nyawa di kilang memproses ikan di Tanjung karang . Gas ammonia di kilang ini digunakan sebagai agen penyejukan.

Penulis teringat apa yang berlaku kepada penulis dan lima orang kawan penulis yang juga terhidu gas ammonia semasa bekerja di kilang baja ccm, Shah Alam.

Masa tu, lepas SPM tengah tunggu keputusan. Penulis pi rumah kakak di Kg. Rimba Jaya, Klang untuk kerja sementara tunggu keputusan SPM . Kg. Rimba Jaya sekarang dah tak da. Kerajaan zalim Khir Toyo dah roboh rumah setingan di sana. Abang Ipar penulis juga kena belasah dengan FRU dan ditahan di balai kerana mempertahankan kampung itu.

Mula2 penulis kerja di kilang buat exzos kereta. Lepas tu, ada jiran kakak tolong bagi kerja kantin kat kilang ccm. Kerja kat kantin tak lama, jumpa kawan sekolah Shahrolnizam Nor sekarang dah jadi pelakon. Dia ajak kerja dengan dia sebagai buruh kontrak di kilang ccm.

Penulis pun berhenti kerja kantin, kerja pula sebagai buruh kontrak. Tapi bukan kontrak buat bangunan. Ada enam orang lepasan SPM termasuk penulis, kerjanya ikut juruteknik kilang perbaik mesin kilang. Jadi pembantu juruteknik la.


Dua hari kerja ikut juruteknik tapi hari ketiga, penulis dan seorang kawan lagi disuruh buat kerja bubuh gris di mesin. Kerjanya masukkan gris dalam pam( macam pam basikal) kemudian pergi ke semua mesin untuk masukkan gris di skru mesin yang berpusing.

Hari-hari masuk kilang dari tingkat atas sampai tingkat bawah. Tingkat atas tak berasa panas sangat, tapi bila sampai tingkat bawah berpeluh la panasnya. Jumpa skru, pam gris itulah kerja hari2. Hafal dah dimana skru setiap mesin.

Dalam kilang tempat mesin ini tak da orang, bukan macam kilang elektronik. Mesin jalan, kalau rosak juruteknik perbaik. Jadi, memang penulis dan kawan sahaja dalam kilang semasa pam gris.

Masa kerja pakai penutup mulut sebab debu habuk baja banyak. Tapi tak fikir pasal gas ammonia kerana dok rasa bau baja hari2. Penulis tak da masalah dengan bau baja kerana dah biasa dok bubuh baja pisang dan baja getah di kampung.

Sampailah pada satu hari, penulis masa tu dah di luar kilang, masa rehat lepak dengan kawan2. Penulis dengar ramai orang menjerit suruh lari. Kawasan penulis dan kawan2 lepak ada gas bocor. Penulis dan kawan2 lari ke kawasan lapang.

Masa lari tu, penulis hidu bau gas menyengit hidung. Terus tutup hidung, lari sampai dah tak rasa bau lagi. Hari itu baru penulis tahu bahayanya gas ammonia. Syukurlah penulis dah diluar kilang semasa gas tu bocor dan kebetulan tak da orang dalam kilang semasa gas bocor.

Walaupun terhidu sikit, penulis dan kawan2 kena tahan di hospital. Terpaksa tidur di hospital semalam, doktor takut ada kesan sampingan. Tu la pertama kali, tidur di hospital.

Dok di hospital kira rehatlah. Ada kawan bawa walkman, dengar lagu top masa tu 'Sentuhan Kecundang' Ekamatra dan 'Mustika' M. Nasir.

Esoknya, keluarlah berita akhbar gas bocor di kilang ccm. Tajuknya " enam hidu gas dimasukkan ke hospital", ada ditulis nama penulis dan kawan2.

Jadi bila terdengar berita kebocoran gas ammonia, penulis dapat rasakan bahaya gas ini. Penulis dan kawan2 terhidu sikit sahaja dah rasa tak boleh nak bernafas. Kalau banyak mautlah jawabnya.

Kesan gas pemedih mata FRU, memedihkan mata. Kesan air asid FRU, gatal2 badan. Tapi kesan gas ammonia, menyelinap dalam ruang pernafasan boleh mati di situ juga.

Wasalam.


Read More >>

Selasa, 11 Agustus 2009

Tulahan : PRK Permatang Pasir - Kenapa bukan Shamsul Kamal

Salam,


Jumaat ini akan diumumkan calon jamaah bagi Prk Permatang Pasir. Ada lima calon yang disebut-sebut akan terpilih. Abang Mat, Ust. Salleh Man, Rosidi Husin, Ust. Yusni Mat Piah dan Shamsul Kamal Shapie.

Pemilihan calon yang sesuai cukup penting kerana Permatang Pasir adalah satu-satunya kerusi yang diwakili jamaah di Pulau Pinang. Tak sama macam Manek Urai di Kelantan. Siapakah calon yang bakal dipilih?

Calon paling popular tentulah Abang Mat. Walaupun ramai juga yang bagi alasan Abang Mat hanya sesuai bertanding Parlimen. Namun, apa salahnya Abang Mat bertanding kerusi DUN?. Presiden jamaah juga ADUN. Ketua Menteri PP tentu setuju kawan baiknya jadi calon.

Walau apa pun, dah dua kali Prk Abang Mat jadi calon popular di Kuala Terengganu dan Bukit Gantang. Tapi bila isytihar calon, orang lain yang naik. Kalau bukan Abang Mat, siapa lagi yang layak?.

Ust. Salleh Man Pesuruhjaya PP, orang lama dalam perjuangan. Dah lama duduk dalam badan perhubungan PP. Namun, penulis harap beliau tak terpilih supaya dapat menumpukan perhatian kepada jamaah di PP yang baru dipimpinnya.


Roshidi Husin baru dilantik Timbalan Pesuruhjaya III PP. Seorang peguam yang pernah menjadi Penolong Setiausaha Persatuan Ulama Malaysia Caw. PP. Penulis kenal dia semasa penulis aktif di PP. Beliau sezaman dengan Bekas Adun Titi Serong Peguam Ahmad Azhar Sharin.

Penulis juga harap dia tak terpilih agar dapat menumpukan perhatian di Kepala Batas. Persiapkan dan gerakkan jentera di Kepala Batas supaya bila PRU ke 13, kerusi Parlimen Kepala Batas boleh dikuasai.

Beliau paling layak bertanding di Parlimen Kepala Batas berhadapan dengan calon BN penganti Pak Lah. Jangan terlalu bergantung hanya pada kerusi Permatang Pasir, kerusi lain di PP juga perlu ditawan. Barulah suara jamaah didengar dalam Pakatan.

Calon seterusnya, Ust. Yusni Mat Piah Ketua Pemuda PP yang baru. Penulis tak kenal dan tak pernah dengar namanya semasa aktif di PP. Penulis kurang berkenan kepada calon ini, kerana masih dibayangi bekas Ketua Pemuda Hafiz Nodin.

Dulu suaranya senada dengan Hafiz. Sekarang kalau masih senada beratlah. Baru2 ini Hafiz buat hal lagi, siap buat kenyataan akhbar suruh jamaah di PP keluar Pakatan. Kalau pemimpin sebegini terpilih, pening Pemimpin Pakatan di PP.

Penulis lebih setuju jika Shamsul Kamal Shapie Pegawai Khas kepada ADUN Permatang Pasir dipilih sebagai calon jamaah. Penulis kenal Shamsul semasa aktif di PP sekitar tahun 1998. Bukan kenal rapat tapi kenal kerana beliaulah 'arkitek' yang mengatur strategi kemenangan jamaah di DUN Permatang Pasir PRU 1999.

Kemenangan di DUN Permatang Pasir selama tiga penggal bukan saja2 boleh menang. Strategi dan gerak kerja untuk mencapai kemenangan dibuat oleh Shamsul dengan kerjasama jamaah termasuk di sebelah pulau.

Kalau ada yang kata Shamsul kurang dikenali, silaplah orang itu. Ya, beliau tidak dikenali di luar. Namun, pengundi di Permatang Pasir cukup kenal dengannya. Beliaulah yang aktif mengatur gerak kerja pejabat DUN Permatang Pasir sehinggakan rakyat puas hati dengan perkhidmatan wakil rakyat.

Itulah antara punca, rakyat masih memilih jamaah walaupun semasa zaman kemerosotan jamaah dalam PRU 2004.

Beliau betul2 melaksanakan tugas pegawai khas dengan penuh tanggungjawab. Pegawai kerajaan di MPSP, JKR, JPS dan lain2 kenal dengannya. Beliaulah yang membawa masalah rakyat kepada jabatan kerajaan ini.

Mungkin ada yang kata, pendidikannya tak tinggi. Penulis kurang pasti dengan tahap akademiknya. Namun, tahap akademik bukanlah faktor utama kemenangan calon dalam pilihanraya. Abe Uji tetap dipilih rakyat di Manek Urai walaupun tahap akademik rendah.

Ada juga yang bagi alasan Shamsul kurang boleh berpidato. Kemahiran bercakap boleh digilap dan penulis yakin Shamsul yang sudah lama bergaul dengan rakyat tidak kekok berpidato. Berilah beliau peluang, beliau akan mampu melakukannya.

Penulis bukan nak berkempen untuk Shamsul tapi cuma memberi pandangan peribadi. Lagi pun jamaah sudah membuat keputusan dan akan diumumkan Jumaat ini. Penulis harap jika Shamsul tidak terpilih dalam Prk ini, beliau akan dipilih jamaah dalam PRU ke 13.

Siapa pun calon pilihan jamaah tetap akan disokong, yang penting UBN wajib ditumbangkan.

Selamat berjuang.

Wassalam



Read More >>

Jumat, 31 Juli 2009

Tulahan : Puak pemuja ISA


Salam,


Himpunan Mansuh ISA akan diteruskan walaupun ada ugutan, ada larangan dan ada cabaran. Sama juga semasa himpunan BERSIH dan Mansuh PPSMI. Kedua-dua himpunan itu berjaya mengumpul lebih 50 000 hingga 100 000 rakyat.

Kedua-dua himpunan itu adalah aman, tetapi menjadi kecoh apabila polis buat hal. Kalau himpunan di negara lain, polis tolong kawal perhimpunan supaya berjalan lancar. Tapi di Malaysia, 1 Malaysia tahu bila himpunan berlaku, polis yang bersungguh nak berlawan dengan peserta himpunan aman.

Himpunan kali ini mendapat cabaran dari puak pemuja ISA yang juga nak buat himpunan pada tarikh yang sama. Semua kita tahu, siapa puak-puak ini dan siapa dibelakang puak-puak ini?.

Puak-puak ini mula muncul selepas pilihanraya umum ke 12 iaitu apabila umno dah nampak nazak. Muncul dengan pelbagai nama untuk membela melayu. Puak-puak inilah yang buat demo bantah kerajaan Selangor kerana isu babi, buat demo sokong raja semasa krisis di Perak dan terbaru buat demo bantah kerajaan Kedah juga kerana babi.

Puak-puak ini pernah buat demo sokong ISA dan yang terakhir buat di Komtar Penang. Bila umno tak setuju kepada kerajaan Pakatan ke atas apa-apa isu maka muncullah puak-puak ini buat demo kononnya atas nama Melayu.


Namun apa yang pasti setiap kali puak ini buat demo tak ramai yang nak hadir. Kat Pulau Pinang baru ini, hanya 50 orang yang hadir. Paling tinggi boleh la capai 200 orang, tapi media pengampu bagi liputan bagai nak gila. Nak tunjuk kata perhimpunan puak ini dapat sambutan.

Peliknya setiap kali puak ini buat demo, polis dapat pula bagi kawalan paling baik. Dengaq kata puak ini jangka 70 000 akan hadir himpunan depa, boleh percaya ka?.

Bagi puak-puak ini bila depa gempaq nak adakan himpunan pada tarikh yang sama maka himpunan Mansuh ISA akan dibatalkan. Pii......irah, inggat orang takut dengan gertak depa.

Mula-mula nak buat pagi konon tak mahu bagi bertembung. Tapi bila tidak dilayan ugutan depa dan fikiaq takut tak da orang nak datang sokong himpunan depa. Puak-puak ni tukar buat petang sama macam himpunan Mansuh ISA.

Jadi bila bertembung, media kerajaan boleh fokus kononnya depa ramai. Tapi sebenarnya bercampur dengan peserta himpunan Mansuh ISA.

Dah tahu dah peserta himpunan Mansuh ISA pakai baju hitam dan merah. Depa pun pilih baju hitam juga, kenapa bagi warna sama? pilih la warna kelabu taik anjing ka, biru umno ka baru nampak beza dua himpunan.

Puak ni kata himpunan depa sokong ISA, tapi yang dok campur dengan pertahan hak istimewa Melayu pasai apa?. Apa kaitan ISA dengan pertahan hak istimewa Melayu. Puak ini tahu ka apa dia hak istimewa Melayu?.

Kalau jumpa puak ini masa himpunan nanti tanya depa. Sahih tak tau punya, sebab yang berhimpun untuk depa ini sah ahli dan penyokong umno.

Dah banyak bukti, bila tanya orang umno apa dia hak istimewa Melayu? ternganga depa. Ada jawab Askar Melayu , ada jawab Keretapi Tanah Melayu dan ada juga jawab Baju Melayu. Punya la teruk.

Puak-puak ini nak Melayukan semua. Masa heboh tentang kematian Teoh Beng Hock, puak-puak ini Melayukan SPRM. Sapa-sapa lawan SPRM maka dia lawan Melayu.

Dulu masa kes kematian Kugan dalam tahanan Polis, puak-puak ini Melayukan Polis. Sapa-sapa yang marahkan Polis maka dia marahkan Melayu.

Kali ini puak-puak ini nak Melayukan ISA pula. Sapa-sapa yang sokong Mansuhkan ISA maka dia nak hancurkan hak istimewa orang Melayu. Tak tau ka puak-puak ini, yang dok merengkok dalam tahanan ISA tu ramai yang Melayu. Yang kena tahan sampai lebih tujuh tahu tu Melayu.

Penulis yakin puak-puak ini, cuma nak gempaq tak bagi jadi himpunan Mansuh ISA. Bila depa tengok kejayaan himpunan BERSIH dan Mansuh PPSMI. Perhatilah muka-muka yang akan hadir himpunan depa, muka-muka tu juga. Ramai ka depa?. lu fikir la sendiri.....

Puak-puak ini tak sedar, ugutan dan gertak depa langsung tak bagi kesan kepada peserta himpunan Mansuh ISA. Tapi akan menaikkan semangat dan menambahramai peserta himpunan Mansuh ISA kerana nak tengok muka-muka pemuja akta zalim ISA.

Media pengampu umno hari-hari bagi publisiti kepada puak-puak ini. Hari-harilah bertambah ramai yang nak sertai himpunan Mansuh ISA. Tunggulah 1 Ogos...... MANSUHKAN ISA

Wasalam.
Read More >>

Kamis, 30 Juli 2009

Zalimnya ISA

Salam,


Himpunan 1 Ogos dah makin dekat. 1 Malaysia dah siap nak pergi. Yang muda, yang tua, yang tinggi, yang pendek, yang hitam, yang putih semua dah sedia nak pergi bagi tahu kerajaan tak mahu dah ISA. MANSUH ISA

Penulis nak paparkan di sini satu testimoni anak tahanan ISA yang diambil dari blog merdekareview . Bila membacanya rasa memang terkesan , betapa zalimnya akta yang dipuja oleh puak-puak pemuja umno ini.

Apa pun bacalah testimoni ini.

Nama saya Suhaib. Saya berusia 16 tahun. Ketika bapa saya, Mat Sah Satray ditahan di bawah ISA pada 18 April tahun 2002, saya berusia 8 tahun 5 bulan. Saya masih terlalu kecil dan tidak dapat mengingati semua peristiwa. Ketika itu saya sedang tidur, tetapi terjaga apabila beberapa orang polis masuk ke bilik tidur saya dan dengan kasar menyelak cadar, mengangkat hujung tilam, menarik rak baju, membuka serta menutup almari pakaian hingga mengeluarkan bunyi kuat yang membuatkan saya terjaga.

Umi, panggilan saya pada emak, mendukung saya dan diletakkan di sebelah abah yang ketika itu duduk di sofa di ruang tamu. Aku menoleh ke arah Abah dan nampak kedua-dua tangannya bergari. Aku menangis kerana terlalu takut melihat gari itu. Gambaran gari yang melengkar di kedua-dua belah tangan Abah amat sukar untuk hilang dari minda saya......


Agak lama juga polis menggeledah rumah kami. Seorang wanita sibuk menyoal Abah dan Umi bergilir-gilir dan kemudian menulis sesuatu di atas kertas. Manakala lima orang lelaki yang lain, sibuk membuka rak buku Abah, mengeluarkan Quran dan buku-buku agama serta menyelak-nyelak setiap muka surat dengan pantas. Saya tidak tahu, apa yang mereka cari. Tidak lama selepas itu, mereka membawa Abah masuk ke dalam van putih. Umi dukung saya dan kami berdua sempat melambai tangan kepada Abah. Sebaik sahaja van putih hilang dari pandangan, aku menangis lagi sambil memanggil-manggil Abah. Saya baring di riba Umi hingga tertidur...
Saya bagaikan melalui satu mimpi buruk di mana Abah dilarikan dari rumah oleh sekumpulan lelaki. Bila terjaga dari tidur, saya mencari Abah di semua bilik termasuk bilik air tetapi tidak ditemui. Saya mendapatkan Umi yang sedang membancuh minuman untuk bertanya tentang Abah, tetapi saya nampak Umi juga sedang menangis....

Saya asyik teringatkan Abah. Dari pagi saya tunggu Abah, tengah hari, hinggalah cuaca gelap dan masuk waktu maghrib, Abah masih juga belum pulang. Saya mula menangis kerana rindukan Abah... Ketika itu telefon rumah berdering, saya dan Umi berlari ke arah telefon tetapi apabila gagang diangkat, tiada siapa yang bercakap di hujung talian....

7 tahun telah berlalu

Peristiwa buruk itu telah berlalu tujuh tahun yang lalu, namun ianya sukar untuk hilang semuanya dari fikiran saya. Tujuh tahun lalu Abah saya dibawa pergi, hingga kini beliau tidak pernah balik ke rumah kami.

Pada tahun 2009 ini, maknanya hampir separuh usia saya membesar tanpa belaian kasih sayang, bimbingan dan sentuhan Abah walaupun beliau masih hidup. Saya membesar bertemankan barang-barang peribadinya seperti jam tangan, dompet, baju, seluar, kain pelikat dan buku-buku beliau. Saya sekadar mengikuti nasihat dan kata-kata beliau melalui surat-surat kirimannya. Jika rasa terlalu rindu padanya, saya akan pakai baju, seluar dan kain pelikat beliau. Saya letak gambar Abah di dompet duit bersebelahan dengan gambar saya.

Umi akan memastikan kami melawat Abah sekurang-kurangnya dua kali sebulan. Namun waktu lawatan selama 45 minit itu jauh dari mencukupi untuk Abah menghilangkan rindu, memberikan bimbingan, tunjuk ajar serta melepaskan kasih sayangnya kepada saya.

Satu peristiwa yang tidak dapat dilupakan ialah ketika lawatan pertama ke Kem pada 24 Jun 2002. Setelah hampir tiga minggu tidak melihat Abah sejak pertemuan terakhir di Bukit Aman, saya rasa terlalu rindu kepadanya. Kami berbual selama 45 minit dan di akhir pertemuan, Abah dibenarkan keluar dari bilik kurungan untuk bersalaman dengan saya dan Umi. Abah mengangkat, mendukung dan mencium saya berkali-kali. Saya terlalu rindukan Abah dan apabila warden bertugas menyuruh Abah masuk kembali ke bilik kurungan, saya menangis dan tidak mahu melepaskan pegangan pada lengan Abah...

Bagaikan binatang di zoo

Sejak hari pertama penahanan Abah hinggalah di saat ini, saya tidak pernah berpeluang mengerjakan solat dan membaca quran bersama beliau. Saya tidak mengharapkan duit belanja atau keluar membeli belah kerana memahami semua itu tidak mungkin dapat dilakukan bersama. Namun, satu perkara yang lebih memedihkan bermula pada bulan April 2005, kami keluarga tahanan hanya dibenarkan bertemu menggunakan interkom di sebalik dinding kaca lutsinar. Bila sahaja melihat Abah di sebalik cermin kaca, hati saya terasa hancur...

Ketika itu, saya teringat binatang di zoo yang diletakkan di dalam kotak kaca. Apakah dosa dan kesalahan Abah diperlakukan sedemikian rupa. Sejak tarikh itu, setiap kali melawat Abah, saya hanya berpeluang bercakap melalui interkom dan duduk di sebalik kaca. Saya hanya dapat melihat wajah Abah, tetapi tidak dapat menyentuhnya...hati ini memang pedih yang teramat sangat.

Tujuh tahun saya dipisahkan dari Abah, namun tiada sebarang tanda beliau akan dibebaskan. Walaupun pada tahun 2009 ini ada dua pembebasan beramai-ramai yang mendapat tempat di dada media, namun nama Abah saya tiada dalam kedua-dua senarai pembebasan tersebut....
Perpisahan dengan Abah benar-benar membuat saya rasa rendah diri dan terpinggir. Saya terlalu ingin menjalani kehidupan harian bersama Abah. Saya ingin makan, berbual, bergurau senda dan melakukan pelbagai aktiviti harian bersamanya. Saya juga punya keinginan mempunyai keluarga yang lengkap, sama seperti orang lain.

Hingga kini saya tidak faham kenapa Abah saya, seorang yang pendiam dan mudah tersenyum, masih juga belum dibebaskan. Saya tidak tahu apakah sebenarnya kesalahan beliau kerana tahanan ISA lain yang ditahan bersama Abah tujuh tahun dulu, hampir semuanya telah pun dibebaskan... namun Abah masih tetap dikurung di Kem.

Saya setuju dengan pendapat Umi bahawa Abah sepatutnya dibicarakan di mahkamah. Kalau benar ada bukti menyatakan dia salah, sekurang-kurangnya hakim akan menetapkan, bilakah tarikh akhir dia menjalani kehidupan sebagai banduan. Saya amat sedih mengenangkan kehidupan Abah dalam ketidakpastian selama tujuh tahun dan terus berlarutan.
Saya akan terus berdoa pada Allah supaya Abah segera dibebaskan...

*Testimoni ini ditulis oleh Suhaib Mat Sah, anak kepada tahanan ISA Mat Sah Satray. Mat Sah Satray ditahan sejak tahun 2002, dituduh terlibat dalam aktiviti Jemaah Islamiah, namun tidak pernah dibuktikan di mahkamah.

Wasalam.
Read More >>

Rabu, 15 Juli 2009

Tulahan : Keputusan PRK Manek Urai - Masa sesuai untuk bubarkan DUN Perak

Salam,

NONE
Keputusan rasmi PRK Manek Urai dah diketahui PAS menang tapi tipis 65 undi sahaja. Inilah keputusan sebenar setelah banyak keputusan tak rasmi yang diterima.

Bila balik kerja jam 6.30 tadi, penulis terus call kawan di Kelantan tanya keputusan terkini. Dia kata PAS menang 2 ribu undi. Penulis syukur sebab kawan tu kata dia baru balik dari Manek Urai.

Bila sampai rumah terus tengok internet pi blog PRK Manek Urai keputusan di situ PAS menang 90 undi dan ada peti undi tak dikira. Terus call kawan tadi tanya dari mana dia dapat keputusan menang 2 ribu. Kata dia dari cula, piirah....penulis suruh dia telefon orang di bilik gerakan.

Call dari Parit Buntar pun ramai nak tahu keputusan, macam penulis dok di Manek Urai. Orang cina Parit Buntar pun telefon berkali2 nak tahu keputusan. Penulis cuma bagi keputusan tak rasmi kat depa.

Sebelum kawan tu call balik, penulis terus tengok banyak keputusan tak rasmi dari blog-blog penyokong Pakatan semuanya tulis PAS menang tapi majoriti lain-lain. Cuma ada satu blog pimpinan Perak yang tulis UBN mungkin menang. Blog penyokong UBN pula tulis BN menang.


Bila kawan call balik dia bagi tahu PAS menang 98 undi tak campur undi pos. Penulis dah dapat agak PAS akan menang sebab undi Pos cuma 36 sahaja. Kalau UBN sapu semua PAS boleh menang lagi.

Banyak blog yang bagi tahu UBN minta kira semula. Tapi setahu penulis (tak pasti) undang2 pilihanraya baru tetapkan pengiraan semula hanya boleh dibuat di pusat mengundi bukan di pusat penjumlahan undi. Kalau SPR suruh kira semula juga, langgar peraturan sendiri la.

Tepat jam 9.05 malam, Pegawai Pengurus Pilihanraya umum keputusan rasmi PAS menang majoriti 65 undi. Keputusan ini memang mengejutkan kerana jangkaan awal PAS akan menang lebih 2 ribu undi.

Bagi penulis inilah uniknya rakyat Kelantan mereka boleh ubah jika mereka nak ubah. Penulis yakin ramai pengundi yang undi PAS semasa PRU 12 kali ini undi UBN. Pengundi ini undi UBN bukan kerana tak sokong Kerajaan Kelantan tapi nak kuatkan pembangkang dalam DUN Kelantan.

Pengundi ini juga bukan tak suka kepada Tok Guru tetapi mahukan pembangunan yang dijanjikan UBN. Kalau UBN menang boleh dapat jambatan, akan mudahkan mereka juga. Kalau PAS kalah pun tak apa, Kerajaan Kelantan tak akan tumbang dan Tok Guru masih memimpin Kelantan. Faktor lain juga ada tapi tunggulah post mortem dari JPN Kelantan.

Penulis cuma nak ulas pasal pengundi pos. Undi pos terbahagi dua iaitu undi dari Polis dan undi dari petugas SPR semasa hari mengundi. Daripada 36 undi PAS hanya dapat satu undi sahaja, yang lain semua UBN sapu.

Oleh kerana SPR selalu kata undi pos tak ada penipuan, maka sahlah polis adalah pengundi UBN. Sebab tu lah setiap kali pilihanraya kecil beribu polis dikerah alasannya faktor keselamatan. Biarpun duit habis berjuta tak apa.

Satu lagi sahla juga petugas SPR semasa hari mengundi pengundi UBN. Petugas SPR ini kebanyakan bekerja kerajaan sama ada kerajaan negeri atau kerajaan pusat. Maksudnya yang bekerja kerajaan negeri pun tak undi PAS.

Petugas ini boleh dikenali, bukan ramai pun. Jika dikalangan mereka ada yang sah undi PAS maka undi pos ini ada penipuan. Jika tak ada penipuan, petugas itu yang tipu kata undi PAS.
Semua ini boleh disiasat kerana PAS hanya dapat satu undi sahaja.

Apa pun kenyataan media pemimpin UBN pastilah rasa megah, puas hati, bangga sebab sokongan bertambah sedangkan sokongan kepada PAS merosot.

Penulis cuma nak minta satu dari pemimpin UBN jika rasa dah kuat, dah dapat sokongan orang Melayu, dah mula diterima rakyat. Inilah masa yang sesuai untuk Bubarkan DUN Perak!!!

Wasalam.
Read More >>

Senin, 13 Juli 2009

Tulahan : Abe Uji calon pilihan di Manek Urai

Salam,


Pilihanraya kecil Manek Urai dah sampai ke penghujungnya. Inilah PRK yang penulis tidak dapat turun daripada 5 PRK di Semenanjung. Paling aktif dalam PRK Bukit Gantang kerana kampung penulis terlibat.

Bukan tidak mahu turun membantu tapi penulis rasa jentera pilihanraya Kelantan mampu menghasilkan yang terbaik menghadapi PRK ini. Penulis yakin dengan jentera Kelantan kerana penulis pernah lihat cara mereka bekerja semasa PRK Bukit Gantang.

Walaupun jentera Kelantan tidak membantu UPU Kg. Jaha, tapi penulis dapat lihat kesungguhan dan gerak kerja serta komitmen petugas Kelantan di UPU Matang Gelugur dan UPU Sungai Limau.

Faktor cuti dan kerja juga menjadi penghalang kepada penulis kali ini. Tarikh mengundi untuk PRK Manek Urai telah SPR tetapkan pada hari bekerja Selasa. Payah sikit nak dapat cuti, kena juga simpan cuti takut bubar DUN Perak.

Pelik SPR ni, tarikh mengundi pada hari bekerja terpaksa Tok Guru isytihar cuti di Kelantan supaya pengundi dapat mengundi. Semasa PRK Penanti BN tak bertanding boleh pula SPR pilih hari Ahad sebagai hari mengundi. SPR dah terlalu memihak kepada BN, segala yang baik untuk BN itulah yang akan dibuat SPR.

Walaupun penulis tidak turut serta di Manek Urai, doa sentiasa dipohon moga calon jamaah mencapai kemenangan.


Penulis yakin pengundi Manek Urai sudah ada calon pilihan sebelum turun mengundi. Najib sebut ja PRK ini BN anggap macam perlawanan persahabatan. Nampak macam baik ja BN, tapi hari-hari TV3 suku dan Utusan Meloya dok hentam pembangkang.

Persahabatan apa macam tu? Kalau perlawanan biasa pun pengadil kena adil. Inikan perlawanan persabahatan mestilah lebih adil. Dalam dok kata persahabatan pun UBN hentam, kalau UBN nak perpaduan boleh percaya ka?.

Penulis tak risau pasal calon walaupun UBN dok sibuk perlekeh Abe Uji hanya penjual ikan tak layak jadi wakil rakyat. Tunggulah hari mengundi UBN tengok layak atau tidak.

Abe Uji dan menepati calon pilihan pengundi Manek Urai walau tak da ijazah. Abe Uji dah lama bergelumang dengan rakyat di Manek Urai sebagai aktivis parti dan masyarakat. Abe Uji buat kerja bukan untuk populariti tapi lebih kepada keikhlasan bekerja untuk jamaah dan masyarakat.

Ada ijazah pun kalau tak boleh tolong rakyat, tak boleh bersama rakyat buat apa. Nanti dah jadi wakil rakyat tinggal rakyat di kawasan. Gah diluar, dialah yang hebat, dialah yang popular. Tapi rakyat di kawasan naik meluat. Jadi wakil rakyat untuk kepentingan diri bukan untuk kepentingan rakyat. Bukan begini wakil rakyat yang rakyat mahu.

Bolehkah calon UBN jadi macam wakil rakyat lama. Tengok muka tu payah , tambah lagi dok dalam parti yang bermasalah. Namun kalau Abe Uji rasa tak da masalah. Tunggulah keputusannya nanti. Harapnya pengundi Manek Urai pilih Abe Uji sebagai calon pilihan.

Read More >>