Salam,
Himpunan Mansuh ISA akan diteruskan walaupun ada ugutan, ada larangan dan ada cabaran. Sama juga semasa himpunan BERSIH dan Mansuh PPSMI. Kedua-dua himpunan itu berjaya mengumpul lebih 50 000 hingga 100 000 rakyat.
Kedua-dua himpunan itu adalah aman, tetapi menjadi kecoh apabila polis buat hal. Kalau himpunan di negara lain, polis tolong kawal perhimpunan supaya berjalan lancar. Tapi di Malaysia, 1 Malaysia tahu bila himpunan berlaku, polis yang bersungguh nak berlawan dengan peserta himpunan aman.
Himpunan kali ini mendapat cabaran dari puak pemuja ISA yang juga nak buat himpunan pada tarikh yang sama. Semua kita tahu, siapa puak-puak ini dan siapa dibelakang puak-puak ini?.
Puak-puak ini mula muncul selepas pilihanraya umum ke 12 iaitu apabila umno dah nampak nazak. Muncul dengan pelbagai nama untuk membela melayu. Puak-puak inilah yang buat demo bantah kerajaan Selangor kerana isu babi, buat demo sokong raja semasa krisis di Perak dan terbaru buat demo bantah kerajaan Kedah juga kerana babi.
Puak-puak ini pernah buat demo sokong ISA dan yang terakhir buat di Komtar Penang. Bila umno tak setuju kepada kerajaan Pakatan ke atas apa-apa isu maka muncullah puak-puak ini buat demo kononnya atas nama Melayu.
Namun apa yang pasti setiap kali puak ini buat demo tak ramai yang nak hadir. Kat Pulau Pinang baru ini, hanya 50 orang yang hadir. Paling tinggi boleh la capai 200 orang, tapi media pengampu bagi liputan bagai nak gila. Nak tunjuk kata perhimpunan puak ini dapat sambutan.
Peliknya setiap kali puak ini buat demo, polis dapat pula bagi kawalan paling baik. Dengaq kata puak ini jangka 70 000 akan hadir himpunan depa, boleh percaya ka?.
Bagi puak-puak ini bila depa gempaq nak adakan himpunan pada tarikh yang sama maka himpunan Mansuh ISA akan dibatalkan. Pii......irah, inggat orang takut dengan gertak depa.
Mula-mula nak buat pagi konon tak mahu bagi bertembung. Tapi bila tidak dilayan ugutan depa dan fikiaq takut tak da orang nak datang sokong himpunan depa. Puak-puak ni tukar buat petang sama macam himpunan Mansuh ISA.
Jadi bila bertembung, media kerajaan boleh fokus kononnya depa ramai. Tapi sebenarnya bercampur dengan peserta himpunan Mansuh ISA.
Dah tahu dah peserta himpunan Mansuh ISA pakai baju hitam dan merah. Depa pun pilih baju hitam juga, kenapa bagi warna sama? pilih la warna kelabu taik anjing ka, biru umno ka baru nampak beza dua himpunan.
Puak ni kata himpunan depa sokong ISA, tapi yang dok campur dengan pertahan hak istimewa Melayu pasai apa?. Apa kaitan ISA dengan pertahan hak istimewa Melayu. Puak ini tahu ka apa dia hak istimewa Melayu?.
Kalau jumpa puak ini masa himpunan nanti tanya depa. Sahih tak tau punya, sebab yang berhimpun untuk depa ini sah ahli dan penyokong umno.
Dah banyak bukti, bila tanya orang umno apa dia hak istimewa Melayu? ternganga depa. Ada jawab Askar Melayu , ada jawab Keretapi Tanah Melayu dan ada juga jawab Baju Melayu. Punya la teruk.
Puak-puak ini nak Melayukan semua. Masa heboh tentang kematian Teoh Beng Hock, puak-puak ini Melayukan SPRM. Sapa-sapa lawan SPRM maka dia lawan Melayu.
Dulu masa kes kematian Kugan dalam tahanan Polis, puak-puak ini Melayukan Polis. Sapa-sapa yang marahkan Polis maka dia marahkan Melayu.
Kali ini puak-puak ini nak Melayukan ISA pula. Sapa-sapa yang sokong Mansuhkan ISA maka dia nak hancurkan hak istimewa orang Melayu. Tak tau ka puak-puak ini, yang dok merengkok dalam tahanan ISA tu ramai yang Melayu. Yang kena tahan sampai lebih tujuh tahu tu Melayu.
Penulis yakin puak-puak ini, cuma nak gempaq tak bagi jadi himpunan Mansuh ISA. Bila depa tengok kejayaan himpunan BERSIH dan Mansuh PPSMI. Perhatilah muka-muka yang akan hadir himpunan depa, muka-muka tu juga. Ramai ka depa?. lu fikir la sendiri.....
Puak-puak ini tak sedar, ugutan dan gertak depa langsung tak bagi kesan kepada peserta himpunan Mansuh ISA. Tapi akan menaikkan semangat dan menambahramai peserta himpunan Mansuh ISA kerana nak tengok muka-muka pemuja akta zalim ISA.
Media pengampu umno hari-hari bagi publisiti kepada puak-puak ini. Hari-harilah bertambah ramai yang nak sertai himpunan Mansuh ISA. Tunggulah 1 Ogos...... MANSUHKAN ISA
Wasalam.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar