Salam,
Jumaat ini akan diumumkan calon jamaah bagi Prk Permatang Pasir. Ada lima calon yang disebut-sebut akan terpilih. Abang Mat, Ust. Salleh Man, Rosidi Husin, Ust. Yusni Mat Piah dan Shamsul Kamal Shapie.
Pemilihan calon yang sesuai cukup penting kerana Permatang Pasir adalah satu-satunya kerusi yang diwakili jamaah di Pulau Pinang. Tak sama macam Manek Urai di Kelantan. Siapakah calon yang bakal dipilih?
Calon paling popular tentulah Abang Mat. Walaupun ramai juga yang bagi alasan Abang Mat hanya sesuai bertanding Parlimen. Namun, apa salahnya Abang Mat bertanding kerusi DUN?. Presiden jamaah juga ADUN. Ketua Menteri PP tentu setuju kawan baiknya jadi calon.
Walau apa pun, dah dua kali Prk Abang Mat jadi calon popular di Kuala Terengganu dan Bukit Gantang. Tapi bila isytihar calon, orang lain yang naik. Kalau bukan Abang Mat, siapa lagi yang layak?.
Ust. Salleh Man Pesuruhjaya PP, orang lama dalam perjuangan. Dah lama duduk dalam badan perhubungan PP. Namun, penulis harap beliau tak terpilih supaya dapat menumpukan perhatian kepada jamaah di PP yang baru dipimpinnya.
Roshidi Husin baru dilantik Timbalan Pesuruhjaya III PP. Seorang peguam yang pernah menjadi Penolong Setiausaha Persatuan Ulama Malaysia Caw. PP. Penulis kenal dia semasa penulis aktif di PP. Beliau sezaman dengan Bekas Adun Titi Serong Peguam Ahmad Azhar Sharin.
Penulis juga harap dia tak terpilih agar dapat menumpukan perhatian di Kepala Batas. Persiapkan dan gerakkan jentera di Kepala Batas supaya bila PRU ke 13, kerusi Parlimen Kepala Batas boleh dikuasai.
Beliau paling layak bertanding di Parlimen Kepala Batas berhadapan dengan calon BN penganti Pak Lah. Jangan terlalu bergantung hanya pada kerusi Permatang Pasir, kerusi lain di PP juga perlu ditawan. Barulah suara jamaah didengar dalam Pakatan.
Calon seterusnya, Ust. Yusni Mat Piah Ketua Pemuda PP yang baru. Penulis tak kenal dan tak pernah dengar namanya semasa aktif di PP. Penulis kurang berkenan kepada calon ini, kerana masih dibayangi bekas Ketua Pemuda Hafiz Nodin.
Dulu suaranya senada dengan Hafiz. Sekarang kalau masih senada beratlah. Baru2 ini Hafiz buat hal lagi, siap buat kenyataan akhbar suruh jamaah di PP keluar Pakatan. Kalau pemimpin sebegini terpilih, pening Pemimpin Pakatan di PP.
Penulis lebih setuju jika Shamsul Kamal Shapie Pegawai Khas kepada ADUN Permatang Pasir dipilih sebagai calon jamaah. Penulis kenal Shamsul semasa aktif di PP sekitar tahun 1998. Bukan kenal rapat tapi kenal kerana beliaulah 'arkitek' yang mengatur strategi kemenangan jamaah di DUN Permatang Pasir PRU 1999.
Kemenangan di DUN Permatang Pasir selama tiga penggal bukan saja2 boleh menang. Strategi dan gerak kerja untuk mencapai kemenangan dibuat oleh Shamsul dengan kerjasama jamaah termasuk di sebelah pulau.
Kalau ada yang kata Shamsul kurang dikenali, silaplah orang itu. Ya, beliau tidak dikenali di luar. Namun, pengundi di Permatang Pasir cukup kenal dengannya. Beliaulah yang aktif mengatur gerak kerja pejabat DUN Permatang Pasir sehinggakan rakyat puas hati dengan perkhidmatan wakil rakyat.
Itulah antara punca, rakyat masih memilih jamaah walaupun semasa zaman kemerosotan jamaah dalam PRU 2004.
Beliau betul2 melaksanakan tugas pegawai khas dengan penuh tanggungjawab. Pegawai kerajaan di MPSP, JKR, JPS dan lain2 kenal dengannya. Beliaulah yang membawa masalah rakyat kepada jabatan kerajaan ini.
Mungkin ada yang kata, pendidikannya tak tinggi. Penulis kurang pasti dengan tahap akademiknya. Namun, tahap akademik bukanlah faktor utama kemenangan calon dalam pilihanraya. Abe Uji tetap dipilih rakyat di Manek Urai walaupun tahap akademik rendah.
Ada juga yang bagi alasan Shamsul kurang boleh berpidato. Kemahiran bercakap boleh digilap dan penulis yakin Shamsul yang sudah lama bergaul dengan rakyat tidak kekok berpidato. Berilah beliau peluang, beliau akan mampu melakukannya.
Penulis bukan nak berkempen untuk Shamsul tapi cuma memberi pandangan peribadi. Lagi pun jamaah sudah membuat keputusan dan akan diumumkan Jumaat ini. Penulis harap jika Shamsul tidak terpilih dalam Prk ini, beliau akan dipilih jamaah dalam PRU ke 13.
Siapa pun calon pilihan jamaah tetap akan disokong, yang penting UBN wajib ditumbangkan.
Selamat berjuang.
Wassalam
Tidak ada komentar:
Posting Komentar