Salam,
Dua hari lepas ada tragedi kebocoran gas ammonia yang meragut enam nyawa di kilang memproses ikan di Tanjung karang . Gas ammonia di kilang ini digunakan sebagai agen penyejukan.
Penulis teringat apa yang berlaku kepada penulis dan lima orang kawan penulis yang juga terhidu gas ammonia semasa bekerja di kilang baja ccm, Shah Alam.
Masa tu, lepas SPM tengah tunggu keputusan. Penulis pi rumah kakak di Kg. Rimba Jaya, Klang untuk kerja sementara tunggu keputusan SPM . Kg. Rimba Jaya sekarang dah tak da. Kerajaan zalim Khir Toyo dah roboh rumah setingan di sana. Abang Ipar penulis juga kena belasah dengan FRU dan ditahan di balai kerana mempertahankan kampung itu.
Mula2 penulis kerja di kilang buat exzos kereta. Lepas tu, ada jiran kakak tolong bagi kerja kantin kat kilang ccm. Kerja kat kantin tak lama, jumpa kawan sekolah Shahrolnizam Nor sekarang dah jadi pelakon. Dia ajak kerja dengan dia sebagai buruh kontrak di kilang ccm.
Penulis pun berhenti kerja kantin, kerja pula sebagai buruh kontrak. Tapi bukan kontrak buat bangunan. Ada enam orang lepasan SPM termasuk penulis, kerjanya ikut juruteknik kilang perbaik mesin kilang. Jadi pembantu juruteknik la.
Dua hari kerja ikut juruteknik tapi hari ketiga, penulis dan seorang kawan lagi disuruh buat kerja bubuh gris di mesin. Kerjanya masukkan gris dalam pam( macam pam basikal) kemudian pergi ke semua mesin untuk masukkan gris di skru mesin yang berpusing.
Hari-hari masuk kilang dari tingkat atas sampai tingkat bawah. Tingkat atas tak berasa panas sangat, tapi bila sampai tingkat bawah berpeluh la panasnya. Jumpa skru, pam gris itulah kerja hari2. Hafal dah dimana skru setiap mesin.
Dalam kilang tempat mesin ini tak da orang, bukan macam kilang elektronik. Mesin jalan, kalau rosak juruteknik perbaik. Jadi, memang penulis dan kawan sahaja dalam kilang semasa pam gris.
Masa kerja pakai penutup mulut sebab debu habuk baja banyak. Tapi tak fikir pasal gas ammonia kerana dok rasa bau baja hari2. Penulis tak da masalah dengan bau baja kerana dah biasa dok bubuh baja pisang dan baja getah di kampung.
Sampailah pada satu hari, penulis masa tu dah di luar kilang, masa rehat lepak dengan kawan2. Penulis dengar ramai orang menjerit suruh lari. Kawasan penulis dan kawan2 lepak ada gas bocor. Penulis dan kawan2 lari ke kawasan lapang.
Masa lari tu, penulis hidu bau gas menyengit hidung. Terus tutup hidung, lari sampai dah tak rasa bau lagi. Hari itu baru penulis tahu bahayanya gas ammonia. Syukurlah penulis dah diluar kilang semasa gas tu bocor dan kebetulan tak da orang dalam kilang semasa gas bocor.
Walaupun terhidu sikit, penulis dan kawan2 kena tahan di hospital. Terpaksa tidur di hospital semalam, doktor takut ada kesan sampingan. Tu la pertama kali, tidur di hospital.
Dok di hospital kira rehatlah. Ada kawan bawa walkman, dengar lagu top masa tu 'Sentuhan Kecundang' Ekamatra dan 'Mustika' M. Nasir.
Esoknya, keluarlah berita akhbar gas bocor di kilang ccm. Tajuknya " enam hidu gas dimasukkan ke hospital", ada ditulis nama penulis dan kawan2.
Jadi bila terdengar berita kebocoran gas ammonia, penulis dapat rasakan bahaya gas ini. Penulis dan kawan2 terhidu sikit sahaja dah rasa tak boleh nak bernafas. Kalau banyak mautlah jawabnya.
Kesan gas pemedih mata FRU, memedihkan mata. Kesan air asid FRU, gatal2 badan. Tapi kesan gas ammonia, menyelinap dalam ruang pernafasan boleh mati di situ juga.
Wasalam.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar