Sabtu, 22 Januari 2011

Kisah ulama dan peniaga sayur

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjwDwzW7ZJ5kMiABZL6Ukt3ZHuoN9Ge_Y4AvWmO6UlrWLolkQO2bPqKZN_VRrmCKjNNiB1hoOpclfOxJTDULzHUJetDfzKymL-al46E4qDOMf7QFSRymlkTWj7S1D35t18R2D-xh7YQAGU/s400/Pasar+Bawah+Bukit+Tinggi.JPG
Ada sebuah kisah menarik yang boleh dibaca dari sebuah buku. Mudah-mudahan boleh memberikan inspirasi tersendiri bagi pembaca.

Pada zaman dulu, di sebuah kampung tinggal seorang ulama. Ulama ini terkenal kerana kebijaksanaannya sehingga sering ditanya dan diminta nasihat oleh orang-orang kampung. Salah seorang penduduk kampung itu adalah seorang peniaga kecil yang setiap hari mengelilingi kampung untuk menjual sayur dengan menggunakan kereta kudanya.

Suatu hari satu-satunya kudanya itu mati mengejut. Dia menjadi kebingungan kerana tidak mempunyai kuda pengganti. Tambahan untuk membeli kuda baru, dia tidak mempunyai wang. Masalahnya bertambah parah kerana sayur-sayurannya menjadi busuk. Dengan sedih dia menemui ulama itu.

Peniaga itu berkata "Ustaz tolonglah saya. Saya sedang mendapat musibah. Satu-satunya kuda, yang merupakan sumber pencarian saya untuk mencari nafkah mati. Bagaimana saya hendak mencari wang untuk anak isteri? Ini adalah musibah yang paling buruk yang menimpa saya".

Ulama itu lalu berkata "Mungkin ya, mungkin juga tidak". Peniaga itu hairan dengan jawaban ulama itu. Dia malah menganggap orang tua itu sedang kacau fikiranya.

Namun keesokan harinya, tiba-tiba di halaman rumahnya muncul seekor kuda liar. Kuda yang masih muda, kuat dan sihat.

Dalam hati peniaga itu bertanya "Ini kuda siapa? Di kampung ini yang ada kuda hanya beberapa orang"

Lalu dia mengambil kuda itu. Hatinya bahagia. Akhirnya peniaga tersebut mendapat kuda yang jauh lebih muda, kuat dan cepat.

Ia datang kembali bertemu ulama tersebut, "Ustaz, maafkan saya ternyata ucapan ustaz benar sebenarnya. Sekarang saya mempunyai kuda yang lebih baik. Bukankah inilah yang terbaik yang saya perolehi.

Ulama itu kembali berkata, "Mungkin ya, mungkin tidak." Peniaga itu kecewa dengan jawaban ustaz, lalu dia pulang sambil mengeleng-geleng kepala. "Ulama ini pasti sedang ada tekanan" dalam hati.

Beberapa hari kemudian, anaknya yang masih muda mencuba untuk menaiki kuda baru. Dia jatuh dan kakinya dipijak oleh kuda. Kaki anak kesayangannya patah. Betapa sedih hati pedagang itu, anaknya yang diharapkan menjadi pengantinya kelak, sekarang sudah lumpuh.

Peniaga itu pun kembali menemui Ulama itu dan berkata, "Ustaz saya benar-benar mendapat musibah, anak saya kini kakinya lumpuh dan kakinya tidak boleh bergerak. Ustaz sekarang pasti setuju bahawa musibah yang saya alami sekarang adalah musibah yang paling buruk."

Ulama itu tetap berkata, "Mungkin ya, mungkin juga tidak". Mendengar perkataan itu kini peniaga tersebut menjadi benar-benar marah. Dia lalu pulang sambil merungut-rungut.

Sebulan kemudian kerajaannya sedang berperang dengan kerajaan lain. Kerana kekurangan tentera, maka kerajaan mewajibkan setiap pemuda yang sihat tubuh badan menjadi tentera. Kerana lumpuh anak peniaga itu terlepas dari kewajiban itu. Akhirnya sekarang peniaga itu beryukur, dan mengerti maksud dari kata-kata ulama bijaksana.

Kesimpulannya

Kejadian buruk menurut manusia seringkali didefinisikan sebagai suatu kejadian yang tidak sesuai dengan kenginginanya. Padahal sesuatu yang menurut kita baik belum tentu sebenarnya baik bagi diri kita. Sebaliknya, apa yang menurut kita tidak baik sebenarnya boleh merupakan perkara yang baik bagi kita.Dik2's Posterous

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Related Post