Selasa, 11 Januari 2011

Katak terbesar di dunia

Burung helang menjadikan tikus makanannya, itu biasa terjadi dalam dunia haiwan. Tetapi, jika katak yang menjadikan tikus makanannya, itu merupakan peristiwa luar biasa.

Begitulah yang terjadi di Afrika. Katak mempunyai “hobi” memakan tikus.


Katak Afrika merupakan sejenis katak paling besar di dunia. Dengan permukaan tubuh kasar dan licin, umumnya katak jenis ini memiliki sifat agresif dan temperamen.

Karnivor amfibia itu boleh melompat sejauh 12 kaki dan memiliki gigi taring yang kuat digunakan bertarung.

Senior Tropical House Keeper di Taman Binatang Newquay, Inggeris, Dan Garrick yang setiap hari memberi makan katak raksasa menyatakan, katak Afrika merupakan sejenis katak serakah.

“Sejenis katak pembunuh yang hanya duduk menunggu mangsanya,” kata Dan Garrick di Newguay, Inggeris.

Cara berburu katak yang mempunyai warna hijau kuning ialah dengan cara melakukan serangan tiba-tiba pada haiwan yang boleh dijangkaunya. Binatang yang menjadi mangsa itu dipastikan mati lemas, tidak bernyawa sebelum sampai pencernaan.

“Jika mangsanya terlalu besar, maka katak itu menunggu isi perutnya keluar,” jelas Garrick.

Walaupun kelihatan sangat garang, katak ini ternyata mempunyai sifat penyayang. Induk katak ini selalu menjaga telur dan berudu dari ancaman pemangsa. Jenis katak ini juga menggali kolam khusus untuk memastikan anak-anak mereka tidak mati kekeringan.

Katak Afrika atau dalam bahasa Latin disebut Adspersus pyxicephalus merupakan pemakan serangga, tikus maupun burung. Katak ini dikenali sebagai karnivor berbeza dengan katak-katak lain.

Seekor katak Afrika ini beratnya boleh menjangkau dua kilogram, dengan panjang mencapai 24 sentimeter. Katak ini boleh ditemui di seluruh wilayah Afrika bahagian selatan, tengah dan timur. tribunpontianak.com

Walaupun katak ini terbesar di dunia, katak ini tidak digelar 'Raja Katak' kerana gelaran ini hanya boleh kepada 'seekor katak' yang terdapat di Pasir Mas, Kelantan.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Related Post