LONDON: Memiliki kaki panjang dan penyepit berbahaya, seekor 'raksasa' laut dalam kini menjadi ketam paling besar pernah disaksikan di Britain.
KETAM LABAH-LABAH.. pakar hidupan marin menunjukkan Crabzilla yang ditangkap.
Dengan kaki sepanjang tiga meter, Ketam Labah-labah Jepun itu masih boleh membesar dan boleh hidup sehingga 100 tahun.
Digelar sebagai Crabzilla, badan ketam itu kira-kira sebesar bola keranjang dan tingginya boleh melebihi tinggi kereta jika berdiri pada tahap maksimum.

Ketam itu ditangkap nelayan di Lautan Pasifik dan dibawa ke Britain untuk dipamerkan di Pusat Hidupan Laut Kebangsaan di Birmingham.
Jika dikeluarkan dari air, ketam itu kelihatan lemah kerana kakinya tidak mampu menampung berat badan.
Namun, di habitat asal - lebih 760 meter di dalam laut - ia adalah haiwan pemangsa yang digeruni.
Keadaan itu tidak menghalangnya terancam kerana ia juga banyak diburu manusia kerana menjadi hidangan kegemaran masyarakat di Jepun.
Biasanya, di negara itu, ketam berkenaan ditangkap untuk dimasinkan dan dikukus.
Bagaimanapun, penangkapannya diharamkan ketika musim mengawan sehingga ia bertelur.
Kurator Pusat Hidupan Laut Kebangsaan, Graham Burrows, berkata ada sesetengah pihak mendakwa ketam jenis itu boleh membesar dengan kaki mencapai panjang empat meter.
Katanya, untuk sementara, ketam berkenaan akan disimpan dalam tangki berisi air dingin sehingga hujung Mac ini.
Selepas itu, katanya, ketam berkenaan dijadualkan dipindahkan ke Pusat Hidupan Laut Blankenberge di Belgium.
"Walaupun sangat besar, ia tidak agresif atau mengancam hidupan lain di sini.
"Justeru, tiada apa yang perlu dibimbangkan orang ramai," katanya..Infogallery
Tidak ada komentar:
Posting Komentar