Selasa, 30 November 2010

Tutup aurat pun boleh menang pingat

Salam,
Penulis ucap tahniah kepada atlet sukan Malaysia yang mampu capai target sembilan pingat emas. Bukan senang nak bersaing dengan kuasa Asia yang lain, jadi memang layak diberi ucapan tahniah.

Penulis dapat tengok live Sukan Asia TV1 melalui blog lagi berita.blogspot,walaupun dok jauh di luar negara, dulu masa kat Malaysia tak tengok sangat blog ni. Terima kasih blogger lagi berita.

Bila tengok Sukan Asia, memang Malaysialah tumpuan kita tapi penulis rasa kagum dengan penampilan atlet beberapa buah negara Islam terutama wanita yang menutup aurat. Malaysia pun ada atlet wanita menutup aurat tapi tak ramai. Pemain hoki lelaki Malaysia ada yang tutup aurat sejak dulu lagi.

Alasan ahli sukan terutama wanita bahawa menutup boleh sebabkan kekalahan dah tak boleh diterima kerana wanita Islam Iran misalnya menang banyak pingat walaupun menutup aurat.

Pemakaian pakaian mentup aurat sebenarnya boleh dididik sejak di sekolah. Namun tak banyak sekolah yang menekankan perkara ini. Pentadbir sekolah terutama GPK Kokurikulum, SU Sukan dan guru sukan bertanggungjawanb terhadap perkara ini kerana mereka boleh mengarahkan pelajar mereka menutup aurat.

Cumanya, ramai guru yang tak mampu berkata 'tidak 'kepada pelajar wanita yang berseluar pendek dan membuka tudung semasa mengambil bahagian dalam acara sukan. Ingatlah , guru-guru Islam akan dipersoal oleh Allah di akhirat kelak.

Penulis ada menulis mengenai perkara ini di Sini . Harap guru-guru Islam yang membaca tulisan ini dapat melaksanakan amanah Allah kepada mereka. Jangan biarkan pelajar sedar sendiri kewajipan menutup aurat, gurulah yang patut menyedarkan mereka.

Penulis ambil artikel dari blog Faisal Tehrani mengenai atlet wanita Islam Iran di Sukan Asia, bacalah :

Saya percaya ramai wanita di luar sana berminat untuk bergiat aktif dalam bidang sukan, dan menyimpan angan-angan untuk mewakili Malaysia dalam bidang sukan yang diminati. Mungkin, meraih pingat untuk negara tercinta.

Masalah mereka hanya satu: mereka perlu buka-buka. Hasrat untuk bersukan demi nusa pun terpaksa ditelan dan dilupakan. Sayang, bakat yang ada terbuang begitu sahaja.

Akan tetapi, Iran, satu-satunya negara syiah di dunia Islam menunjukkan jalan alternatif. Beragama tidak menghalang wanita bersukan. Sesat-sesat mereka pun tetap akur dengan tuntutan syariat.

















Atlet wanita Iran mewakili 25% dari jumlah 373 keseluruhan atlet Iran yang dihantar ke Sukan Asia di Guangzhou baru-baru ini. Dan mereka menyumbang 25% pingat yang dikutip Iran.

Atlet wanita Iran mengutip pingat dalam acara wushu, menembak, taekwondo, kabaddi, karate, dan mendayung.


Iran menyerlah dengan 59 pingat (20 emas, 14 perak dan 25 gangsa) di Guangzhou, China, ia adalah pencapaian terbaik Iran sejak 1974 iaitu Sukan Asia di Tehran.

Empat tahun lalu di Doha, Iran hanya beroleh 12 pingat emas dan menduduki tempat keenam. Kali ini, mereka di tempat keempat.

Wassalam.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Related Post