Rabu, 01 Desember 2010

Tulahan : Projek kos rendah tapi banyak untung untuk kebajikan

Salam,
























Satu projek yang penulis tak sempat buat sebab terpaksa ke luar negara adalah projek barangan terpakai.

Penulis ada idea untuk buat projek ini dan dah bincang pun dalam mesyuarat dengan Unit Amal kawasan penulis.

Idea ini penulis dapat apabila melihat Yayasan Amal di Kuantan buka dua buah kedai untuk terima barangan terpakai dan kemudian jual balik dengan harga berpatutan untuk tambah dana kebajikan.

Barangan elektrik, buku, permainan kanak2, perabut dan segala macam yang boleh diguna semula diterima dari orang ramai.

Masyarakat ramai yang nak sumbang barangan terpakai tetapi tak tahu nak hantar kat mana?. Jika ada satu pusat operasi macam Yayasan Amal buat tentu banyak barangan yang disumbangkan.

Jika di Kuantan, penulis tengok barangan yang diterima banyak yang elok2 lagi. Ada la yang rosak sikit tapi boleh diperbaiki dan dijual kepada umum. Barangan tak boleh guna semula macam surat khabar boleh jual di kedai kitar semula.

Unit Amal perlu diberi projek macam ini untuk mengaktifkan mereka, bukan setakat jaga parking program jamaah. Penulis yakin akan dapat sambutan dan payah nak gagal sebab tak perlu kos sangat. Hanya cari tempat untuk simpan dan buat jualan terbuka.

Bila penulis berada di luar negara ni, ada satu trend orang sini buat jualan garaj atau jual barangan terpakai di rumah mereka. Mereka bukan jenis pakai lama barangan ni, lepas satu perayaan mereka buat jualan murah barangan terpakai.

Setiap minggu mesti ada yang buat, malah setiap pekan akan ada jualan di pusat jualan barangan terpakai sehari dalam seminggu . Suasana macam pasar pagi kat Malaysia, tapi di sini jual barangan terpakai. Memang penuh dengan orang ramai , nak masuk pun kena 3 dolar.

Yayasan Amal dah mulakan projek ini di beberapa kawasan dan nampak berjaya, Unit Amal kawasan pun boleh buat cuma kena ada sorang yang boleh ketuai projek ini.

Jangan malu untuk contohi aktiviti kawasan lain, jika baik kita pun boleh buat. Masa mula2 nak aktifkan Lujnah Kebajikan kawasan penulis, kempen ' sekampit beras sekilo gula' yang dibuat itupun adalah idea yang diambil dari pemuda jamaah Kuantan. Berjaya juga projek tu, berapa ramai yang boleh dibantu.

Penulis bersyukur jika ada yang boleh laksanakan projek ini, tapi kalau tak da nak buat macam mana. Penulis boleh tunjuk satu contoh Jualan Amal barangan terpakai yang dibuat Yayasan Amal Cawangan Negeri Sembilan , bacalah dan hebahkanlah untuk membantu promosi mereka :

"JUALAN AMAL KAMI PRIHATIN'

Tarikh : 25 Disember 2010
Hari : Sabtu
Masa : 8 pagi – 10 malam
Tempat : Kawasan letak kereta, premis perniagaan Taman Matahari Height, Senawang
Objektif : Membantu Pelajar dari Keluarga Miskin Bandar kembali ke Sekolah tahun 2011

Anjuran : Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan http://yam-ns.blogspot.com dengan kerjasama AJK Surau Taman Matahari Height

Menyedari saban hari semakin ramai pelajar dari golongan miskin bandar menghadapi kesukaran menempuh tahun baru persekolahan Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan akan mengadakan Jualan Amal Kami Prihatin untuk membantu pelajar-pelajar dari kumpulan ini dalam meringankan beban ibu bapa serta penjaga mereka.

Justeru itu orang ramai yang ingin membantu menjayakan jualan amal ini boleh membantu dengan cara berikut :

1. Membeli Kupon Jualan Amal untuk membeli barangan terpakai yang dijual semasa Jualan Amal.

2. Membeli Kupon Jualan Amal dan diberikan kepada keluarga yang memerlukan untuk mereka tukar dengan barangan terpakai yang dijual semasa Jualan Amal.

3. Memberi sumbangan kewangan.

4. Memberi sumbangan barangan terpakai yang masih dalam keadaan baik untuk Jualan Amal seperti buku novel, majalah, komik, barangan elektrik, beg sekolah, komputer, permainan dan sebagainya. (Sumbangan pakaian terpakai ditangguhkan untuk masa ini kerana pihak penganjur masih mempunyai banyak stok pakaian terpakai).

Kupon JUALAN AMAL KAMI PRIHATIN ialah RM 10 untuk satu Kupon
Barangan yang dijual semasa Jualan Amal ini adalah diantara RM0.50 hingga RM100, bergantung kepada jenis barangan.

Untuk sebarang pertanyaan, maklumat, pembelian kupon dan sumbangan bolehlah menghubungi AJK Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan yang berikut :

En Sufian 013-3589328 xupmxutm@yahoo.com
Pn Norwani 013-3851202 halwan9@yahoo.com
En Hakki 013-3840022 alhaqqy@yahoo.com
En Rozmal 012-2267406 rozmal@yahoo.com
En Nazri Esa 013-3098775

Wassalam

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Related Post