Selasa, 09 November 2010

Tulahan : Takut , malu , segan

Salam,

untitled-1.jpg picture by paspb

Takut, malu, segan itulah yang terjadi jika berhadapan dengan stiuasi yang memerlukan kita bersuara menyatakan kebenaran, kebaikan , hak kepada orang lain. Ramai umat Islam mempunyai sifat ini sehingga menyebabkan kegagalan menyatakan kebenaran dan kebaikan malah gagal mendapat hak sebagai seorang Islam.

Penulis pernah menulis mengenai takut, malu , segan ini sebelum ini dalam tajuk ada kuasa tapi tak guna di sini. Kali ini penulis ingin berkongsi tentang apa yang penulis lalui apabila berhadapan dengan stiuasi ini semasa berada di negara orang.

Apabila penulis menghantar anak ke sekolah rendah di sini, dua perkara yang melibatkan kewajipan sebagai seorang Islam yang anak2 penulis perlu dapat. Solat dan menutup aurat.

Sekolah rendah di sini, pelajar lelaki berseluar pendek, pelajar perempuan memakai gaun singkat nampak betis. Oleh kerana takut, malu , segan ini ramai anak-anak orang Islam yang bersekolah di sini mengikut sahaja apa yang anak orang putih pakai.

Anak yang bertudung di negara sendiri, buka tudung pergi ke sekolah. Anak lelaki pakai seluar pendek sama macam anak orang putih. Malah, ada anak perempuan orang Islam yang berseluar pendek.

Bukan tak da yang pakai tudung dan berseluar panjang. Penulis perhatikan ada dua pelajar Islam yang bertudung dari Iran dan Indonesia. Ada pelajar Islam yang berseluar panjang. Kenapa ramai anak orang Islam yang tidak bertudung dan berseluar pendek? kerana ibu bapa mereka takut, malu , segan.

Mereka tidak ada kekuatan, takut orang putih marah la, malu kepada anak orang putih la, takut orang putih pandang serong dan segan nak bertanya hak sendiri.

Bersyukurlah Allah beri kekuatan kepada penulis sekeluarga untuk menyatakan hak sebagai seorang Islam. Apabila berjumpa dengan guru besar dan guru kelas, persoalan kebenaran menutup aurat dan bersolat dikemukakan.

Anak perempuan mohon pakai tudung , seluar panjang dan baju lengan panjang. Anak lelaki mohon berseluar panjang.

Mohon satu sudut dalam kelas untuk anak solat zohor dan minta bawa keluar anak untuk solat Jumaat kemudian hantar balik ke sekolah.

Langsung tidak ada bantahan dari guru besar dan guru kelas , semua yang diminta diterima dengan baik. Masyarakat di sini menghormati kebebasan individu dan menghormati amalan agama. Malah selepas tiga hari bersekolah, pihak sekolah telah menyediakan satu bilik khas untuk kegunaan pelbagai bangsa melaksanakan amalan agama. Setiap hari anak penulis bersolat di bilik itu.

Menurut guru besar dan guru kelas, itulah pertama kali ada orang Islam yang minta solat zohor. Mereka gembira kerana berjaya menunaikan hak kepada agama lain. Keluar dalam berita dan web sekolah bahawa sekolah ada menyediakan bilik berkenaan untuk kegunaan pelbagai bangsa dan diberi kepada semua ibu bapa.

Perasaan takut, malu , segan menyebabkan kita memandang serong kepada bangsa lain, sedangkan mereka tidak pun menghalang kita melaksanakan hak kita.

Umat Islam sepatutnya takut, malu , segan untuk melakukan perkara yang dilarang oleh Allah bukannya takut, malu , segan melaksanakan perintah Allah.

Ibu bapa yang takut, malu, segan untuk menegur anak-anak akan menyebabkan anak-anak berani melanggar perintah Allah. Sebab itulah, remaja kita semakin rosak kerana ibu bapa takut, malu, segan kepada anak sendiri.

Penulis tidak mahu takut , malu , segan ada pada diri ahli jamaah. Ahli jamaah yang takut, malu, segan untuk menegur pemimpin yang melakukan kesalahan bukan membawa kebaikan kepada pemimpin itu, tetapi akan merosakkan pemimpin itu. Itulah yang terjadi kepada pemimpin Ubn. Renungkanlah....

Wassalam.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Related Post