Selasa, 08 Februari 2011

Dakwah Islam dalam industri filem Hollywood

Alhamdulillah,  Dakwah Islam Kini Menjangkau Hollywood
Filem Lie to Me yang dibuat dengan supervisi organisasi Islam Amerika Syarikat
LOS ANGELES - Penganas adalah Muslim. Begitu pula sebaliknya. Itulah yang selama bertahun-tahun digambarkan dalam filem-filem keluaran Hollywood. Namun, pada masa hadapan gambaran ini perlahan-lahan akan dikikis.

The Muslim Public Affairs Council (MPAC) yang mengerakkan dakwah di antara warga perfileman Holywood.
Pengajarnya, adalah warga perfileman yang sebelumnya pernah berjaya di pentas Emmy Awward atau Academy Awward. Mereka akan mengkaji bagaimana memastikan sesebuah filem yang menggambarkan tentang Islam dibuat.

MPAC - yang kerap dipanggil Muslim biro Hollywood - tidak bekerja bersendirian. Ada Unity Productions Foundation, Jabatan anti diskriminasi, yang juga melaksanakan projek yang sama bertajuk Muslims on Screen and Television.


Bersama Levantine Cultural Center and Film Independent, mereka sepakat membentuk jaringan aktor Muslim dan latihan serta pemantauan bagi warga perfileman Hollywood.

"Ideanya adalah untuk benar-benar memberikan Muslim sebuah jalan untuk menceritakan kisah mereka. Di Hollywood, ada rasa ingin tahu tentang Islam dan keinginan mengetahui tentang siapa Muslim itu. Ada kebimbangan akibat hanya mendengar satu sumber sahaja dan selalu tentang pandangan negatifnya," kata Deana Nassar, menghubungi MPAC dan Hollywood.

Dalam karya screenwriting pertama yang dilakukan akhir minggu lalu, tidak diduga sebanyak tiga warga perfileman mengikuti acara ini. Penulis komedi pemenang Emmy Awward, Ed Driscoll, memberikan tips menuliskan scrip cerita filem.

Khadijah Rashid, 33 tahun, adalah di antara peserta. Dia adalah pekerja Hollywood yang pernah meraih penghargaan semasa menggarap skenario filem Ray.

Menurutnya, banyak yang tidak mengambil kisah tentang Muslim di negara itu. Muslim, katanya, tidak sepatutnya di tuduh pengganas . Ia sendiri merasa seolah-olah mangsa pengganas, meskipun dalam lingkup kecil. Misalnya sahaja, wanita yang dibesarkan di Deep South ini pada masa kecil selalu membawa potongan keju kering dari rumahnya untuk makan siang, kerana di kantin sekolah hanya tersedia makanan dari daging babi.

"Drama semacam ini, mana ada dalam filem Hollywood," katanya.

Ia menceritakan, sejak kebelakangan ini memang ada angin segar di Hollywood berkaitan perkara ini. "Ada kesedaran untuk menggambarkan Islam secara lebih objektif," katanya.

Hal ini dipersetujui Ahmos Hassan, seorang pencari bakat yang juga seorang Muslim-Amerika yang berkecimpung dalam bisnes perfileman selama lebih dari dua dekad.
"Industri ini telah menaruh perhatian lebih dalam menceritakan kisah-kisah sebenar Muslim dalam beberapa tahun terakhir," katanya.

Banyak permintaan tentang pembuatan filem bertema Islam, katanya, namun semua terbantut pada kurangnya wawasan penulis skrip yang mampu.

"Mereka perlu membawa itu ke industri ini dan saya fikir Hollywood lebih terbuka sekarang, lebih dari sebelumnya," kata pemilik Chariot Management ini.Republika online

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Related Post