Selasa, 28 April 2009

Tulahan : Peringatan buat pemimpin PAS

Salam,



Baru ni, penulis balik Parit Buntar, hadir mesyuarat agung jamaah. Ada la kejutan sikit seperti berita di sini . Bagi yang dok Parit Buntar, berita ini bukanlah kejutan besar. Tapi bagi mereka di luar Parit Buntar dan pengunjung blog, berita ini mungkin satu kejutan besar. Sampai ada; 

tanpa nama berkata...
dlm pas pon berebut kuasa..

patutnya sbg yb depa respek la..

ni tak, yb kena kalih mcm tu ja..
Sebenarnya pemilihan tahun ini biasa seperti dulu2. Tidak ada lobi melobi, tidak ada fitnah memfitnah, tidak ada dengki mendengki, tidak ada umpat mengumpat, tidak ada yang buat kerja bodoh dalam jamaah dan tidak ada yang nak tolak ulama. 
Keputusan pemilihan ini adalah kehendak perwakilan cawangan. Jelas, perwakilan cawangan di Parit Buntar mahukan pemimpin yang boleh buat kerja aktifkan jamaah, pemimpin yang banyak membantu mereka menguruskan organisasi dan keahlian cawangan.
Pemimpin yang bersama mereka di kala senang dan susah, pemimpin yang prihatin masalah di cawangan. Bila ada bencana melanda, pemimpin ini paling awal datang bertanya khabar. Itulah kehendak perwakilan cawangan.
Mandat dari perwakilan cawangan ini menjadi amanah yang wajib dipikul pemimpin yang terpilih. Bagi yang menang, beristiqfar kerana amanah berat menanti di hadapan.
Bagi yang kalah, bersyukurlah kerana tidak lagi memikul amanah besar. Renungkan kembali, mengapa tidak dipilih perwakilan cawangan. Tentu ada sebabnya, tak perlu salahkan yang menang. Sebaliknya, bantulah yang menang memperkasakan jamaah. 
Pemilihan sudah selesai, perwakilan cawangan sudah menunaikan hak mereka sebagai anggota jamaah seperti dalam perlembagaan jamaah.Namun, ada juga timbul cakap2 yang tidak sedap didengar bukan dari perwakilan tetapi dari yang bukan perwakilan dan orang luar Parit Buntar.
Ulasan mereka, PAS Parit Buntar berundur ke belakang kerana pilih TYDP yang rendah akademiknya. Kenapa akademik yang dipersoalkan?. Kenapa tidak tanya sebab apa beliau dipilih perwakilan cawangan?. Bagi pengulas luar, mai Parit Buntar tanya sendiri perwakilan cawangan.
Kalaupun akademik tinggi, ada master, ada phd, peguam, jurutera, arkitek, doktor. Jika hanya boleh pegang jawatan tetapi jamaah tak bergerak, apa gunanya?.
Kalaupun lulusan agama dari UM, UIA, UKM atau luar negara Jordan, Mesir, Madinah. Jika diberi jawatan jamaah beku dan kaku, apa gunanya?. Jangan ingat, akademik tinggi sahaja yang layak untuk memegang jawatan dalam jamaah.
Bagi penulis, keputusan pemilihan di Parit Buntar mampu menjadi satu peringatan kepada pemimpin jamaah peringkat pusat, negeri dan wakil2 rakyat. 
Jangan ingat dengan jawatan yang kita pegang, kita boleh buat apa saja. Jangan diikut cara pemimpin umno yang ditolak rakyat. Lupa diri, sombong, megah diri dan rasa diri dah hebat. Jangan dok bergaya lebih sangat, ingat perwakilan di cawangan dan kawasan sedang perhatikan pemimpin mereka.
Jangan dok cuba ambil rasuah. Bila buat kesalahan cuba tutup2kan. Ingat, akhirnya akan terbuka juga pekung di dada.
Akhirnya renungilah ayat 44 surah al-Baqarah;
"Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri. Padahal kamu semua membaca kitab Allah, tidakkah kamu berakal"
Wasalam.



Read More >>

Selasa, 14 April 2009

Tulahan : Bersihkan PAS dari pemimpin rasuah

Salam,

Selepas PRK Bukit Gantang, tumpuan pemerhati politik sekarang kepada pemilihan kepimpinan PAS. Mesyuarat Agung PAS Kawasan sedang berlangsung, manakala Mesyuarat Agung PAS Cawangan sudah pun berakhir hujung Mac lalu.

Muktamar PAS Pusat bagi memilih kepimpinan PAS Pusat akan berlangsung awal Jun ini. Berkaitan pemilihan kepimpinan PAS, Tok Guru Nik Aziz memberi pesanan kepada ahli PAS. 

“Kalau yang ada kemampuan, tak ada masalah untuk mereka tawar diri untuk bertanding. Kalau yang ada kemampuan menonjol tak apalah, (tapi) kalau yang tidak ada kemampuan tapi menonjolkan diri, tak payahlah undi dia,” katanya.

Penulis amat bersetuju dengan pesanan Tok Guru. Apa guna jika tawarkan diri bertanding jika dah tahu tak boleh buat kerja. Kalau terpilih nanti, jamaah tak bergerak dan ini merugikan jamaah.

Berbicara tentang kepimpinan PAS, sudah kedengaran cerita2 tentang pemimpin PAS yang tidak sedap didengar. Sudah ada cakap2 tentang pemimpin PAS yang sombong, berlagak, megah dan besar kepala seperti di sini

Sehingga Ketua Pemuda PAS YB Sallehudin memberi nasihat :

"PAS jangan sombong, jangan bongkak, jangan lupa diri. Atas sokongan yang kita terima ini sebenarnya adalah mandat daripada rakyat untuk tunaikan tanggungjawab mewakili mereka".

Memandangkan PAS adalah jamaah yang memperjuangkan Islam, maka pemimpin yang akan menerajui PAS perlu memenuhi ciri-ciri kepimpinan Islam.

Harapan rakyat semua kaum kepada PAS cukup tinggi. Rakyat melihat pemimpin PAS bersih, tidak rasuah, sederhana dan prihatin terhadap masalah rakyat. Sebab itulah PAS mendapat sokongan dan kemenangan dalam PRK Kuala Terengganu dan PRK Bukit Gantang.

Justeru, bila ada pemimpin PAS yang sudah mula lupa diri. Menjadi tanggungjawab kepimpinan tertinggi PAS membetulkan keadaan ini. Pemimpin PAS yang lupa diri ini harus ditegur kerana jika tidak ditegur. Mereka menganggap perbuatan mereka itu betul dan tidak salah.

Terbaru, ada kedengaran juga pimpinan PAS yang mendapat komisyen balak sehingga ratusan ribu. Walaupun belum ada kesahihan , namun jika tidak ada angin masakan pokok nak bergoyang. Pimpinan tertinggi PAS mesti melakukan siasatan dan mengambil tindakan tegas kepada pemimpin yang rasuah ini.

Pemimpin yang rasuah sama ada ustaz atau profesional, kumpulan "pro-Muzakarah" atau " Erdogan" tidak sepatutnya berada dalam saf kepimpinan jamaah. Sekiranya, pemimpin rasuah ini tidak diambil tindakan, ia akan menjadi barah dalam jamaah.

Kepimpinan PAS tidak boleh bersikap double standard dalam menangani pemimpin yang terbabit dengan rasuah. Jika pemimpin umno rasuah makan komisyen balak, PAS mendesak pemimpin umno ini diambil tindakan. 

Maka, jika ada pemimpin PAS rasuah makan komisyen balak. Pemimpin PAS ini juga perlu diambil tindakan. Jika pemimpin rasuah sebegini disimpan, kemudian terbongkar kesalahan rasuahnya. Persepsi rakyat terhadap PAS akan berubah. Rakyat akan menggangap sama sahaja antara PAS dan umno. Sebab itulah ada padangan ini.

Ada cadangan pemimpin PAS yang rasuah ini tidak diambil tindakan. Sebaliknya, orang PAS sama-sama solat hajat dan mendoakan pemimpin ini berubah. Bolehkah begitu?. Kalau boleh, mengapa tidak kita sama-sama solat hajat dan mendoakan pemimpin umno yang rasuah berubah dan mereka tidak diambil tindakan walaupun rasuah.

Penulis, boleh terima pemimpin PAS yang sombong, berlagak, megah dan besar kepala. Mereka boleh berubah jika ada teguran. Tapi penulis tak boleh terima pemimpin PAS yang rasuah. 

Sekiranya kepimpinan tertinggi PAS tidak mengambil tindakan kepada pemimpin PAS yang rasuah. Mungkin kerana tidak cukup bukti atau sebab-sebab lain. Penulis menyeru ahli-ahli PAS yang tahu siapa pemimpin PAS yang rasuah supaya menolak pemimpin rasuah ini, jika mereka bertanding dalam pemilihan kepimpinan PAS.

PAS mesti dibersihkan dari pemimpin yang rasuah. Jangan jadi seperti umno yang menyimpan pemimpin rasuah.

Mungkin ada yang tidak senang dengan tulisan ini, kerana tuduh pemimpin PAS rasuah. Tulisan ini tidak menuduh sesiapa pemimpin PAS. Jika betul tidak ada pemimpin PAS rasuah, syukurlah. Tapi penulis bimbang jika ada dan pemimpin rasuah ini diangkat menjadi pemimpin jamaah. 

Wassalam.




Read More >>

Senin, 13 April 2009

Tulahan : Kenapa undi Melayu kepada PAS merosot?

Salam,

Dua tiga hari ini, media massa dan media maya memperkatakan tentang kemerosotan undi PAS di kalangan pengundi Melayu di PRK Bukit Gantang. Pengarah JPN Perak Hj. Asmuni Awi memberitahu undi PAS merosot dari 47 % semasa PRU 12 kepada 43 % semasa PRK Bukit Gantang.

Hampir semua peti undi Melayu mencatatkan penurunan sokongan pengundi Melayu kecuali tiga UPU dalam DUN Kuala Sepetang iaitu Sg. Limau (Hujung Matang), Kg. Jaha dan Kg. Menteri.

Pelbagai alasan dikemukakan penganalisis politik semasa membincangkan isu ini. Penulis mengariskan tiga faktor yang menyebabkan kemerosotan undi Melayu kepada PAS. Hj. Asmuni menyatakan, daripada 2000 pengundi luar PAS hanya sekitar 700 orang sahaja yang balik mengundi. 

Pengundi luar tidak pulang mengundi kerana tarikh mengundi jatuh pada hari bekerja iaitu hari Selasa. Bagi yang tinggal jauh, mereka terpaksa mengambil cuti selama dua atau tiga hari semata-mata untuk balik mengundi.

Jelas, peranan SPR berjaya mengurangkan undi PAS melalui penetapan tarikh mengundi pada hari bekerja. Namun, pengundi luar bukan hanya pengundi PAS, umno pun ada ramai pengundi luar. Kenapa pengundi luar umno boleh balik mengundi?.

Di sinilah kegagalan jentera pilihanraya PAS dalam memastikan pengundi luar PAS balik mengundi. Sekiranya benar kenyataan Hj.Asmuni, maksudnya ada sekitar 1300 lagi pengundi PAS yang tidak balik mengundi. 

Ramai yang memberi pandangan, kemerosotan undi PAS disebabkan kempen umno " Nizar derhaka" dan 'Nizar boneka" berjaya mempengaruhi pengundi Melayu. Penulis bersetuju dengan pandangan ini, namun apakah yang menyebabkan pengundi Melayu boleh terpengaruh dengan tuduhan umno ini?.

Sekali lagi kegagalan jentera pilihanraya PAS menjawab balik dan menafikan tuduhan umno ini. Mengapa ini berlaku?. 

Dimaklumi selepasa diisytiharkan kekosongan kerusi Parlimen Bukit Gantang. Jentera umno telah memulakan kempen turun ke kampung-kampung menyebarkan tuduhan " Nizar derhaka" dan 'Nizar boneka" walaupun belum tahu calon umno dan PAS.

Umno kumpulkan orang kampung buat ceramah, sebarkan risalah, pergi rumah ke rumah. Semua kempen mereka bertumpu kepada tuduhan " Nizar derhaka" dan 'Nizar boneka". Orang kampung telah disumbatkan dengan tohmahan ini sehingga mereka mula percaya dan terus percaya.

Bagaimana dengan jentera PAS?. Jentera PAS diakui telah digerakkan sejak sebelum hari penamaan calon. Namun begitu, jentera PAS Kawasan dan PAS tempatan tidak dibekalkan dengan bahan kempen yang boleh menjawab tuduhan umno ini.

Jentera PAS Kawasan yang turun mengerakkan UPU tempatan tidak berani mengeluarkan risalah sendiri kerana sudah ada arahan yang melarang. Semua bahan kempen hanya boleh dikeluarkan oleh Jentera Operasi Penerangan Induk.

Muslimat yang turun merayu undi dari rumah ke rumah bergerak tanpa ada bahan kempen. Muslimat tidak mampu menjawab bila ada soalan " Nizar derhaka" dan 'Nizar boneka".

Memang ada PAS Kawasan dan tempatan yang merungut kerana kelewatan bahan kempen tapi apa kan daya. Kuasa mengeluarkan bahan kempen bukan pada mereka. Akhirnya, sebelum hari penamaan calon pengundi Melayu sudah ramai yang terpengaruh dan percaya dengan tuduhan 
" Nizar derhaka" dan 'Nizar boneka".

Sehari selepas penamaan calon, barulah keluar risalah " umno derhaka" dan " umno gadai tanah Melayu". Risalah yang dikeluarkan selepas hari penamaan calon sebenarnya kurang berkesan kepada orang kampung kerana terlalu banyak bahan kempen dari kedua-dua parti yang masuk ke rumah mereka. Mereka tidak sempat dan tidak ada masa membacanya.

Umno tidak akan berjaya mempengaruhi orang kampung percaya kepada tuduhan mereka, jika jentera PAS cepat menjawab tuduhan mereka.

Sepatutnya, PAS mengucapkan terima kasih kepada Bloggers Network yang sentiasa memberikan jawapan kepada tuduhan umno di media internet sejak dari awal lagi. Sekurang-kurangnya, pengundi Melayu bandar, muda dan kelas pertengahan sedar tentang pembohongan umno ini.

Faktor ketiga yang menyebabkan undi PAS merosot adalah kerana sogokan RM oleh umno kepada pengundi Melayu. Pengundi Melayu di kampung telah dihujani dengan RM bermula dari tarikh kerusi Parlimen Bukit Gantang kosong. 

Orang kampung telah dibawa ikut rombongan ke Langkawi, Cameron Highlands dan lain2. Bukan sahaja tambang, hotel dan makan free, dapat pula sagu hati RM 200 seorang. Pemuda kampung di bawa berkursus, juga dapat RM 200 seorang.

Melalui surat Bahagian umno Bukit Gantang kepada Ketua Cawangan umno yang tersebar, setiap rumah ahli umno diberikan RM 1000. Pemuda, wanita dan puteri yang bertugas dibayar RM 100 sehari setiap orang sepanjang kempen.

Mereka yang guna kereta bertugas dibayar RM 100 , motorsikal RM 50 setiap hari sepanjang kempen. Pengundi atas pagar ditawarkan sehingga ratusan ke ribuan RM mengikut pengaruh pengundi itu.

Faktor inilah penyebab utama undi PAS merosot. Memang PAS kempen " bagi duit ambil, pangkah tetap bulan", tapi bagi pengundi Melayu yang terima RM ini mempunyai pandangan lain. 

Bagi mereka apabila diberi RM ini, mereka rasa dihargai dan cara nak ucap terima kasih kepada umno adalah pangkah BN. Bukan senang dok di kampung boleh dapat ratusan hingga ribuan RM. Faktor inilah juga yang menyebabkan undi PAS menurun di kubu kuat PAS seperti Changkat Ibol dan Kampung Cheh.

Secara keseluruhan, umno masih mengamalkan gaya politik lama semasa berkempen di PRK Bukit Gantang. Pengundi disogok RM, pinjaman TEKUN, bantuan Jabatan Pertanian, jalan kampung ditampung.

Pengundi diugut akan dipulau dalam kawasan kubu umno. Poster dan bendera bulan dibuang, dibakar, dihumban dalam parit. Bendera umno dan BN dibakar oleh mereka sendiri, kemudian tuduh orang PAS bakar.

Pengundi dihalang dari mendengar ceramah PA, pasang karoeke kuat2 semasa ceramah PAS. Gantung bendera BN di rumah pengundi atas pagar supaya perayu undi tidak pergi ke rumah tersebut. 

Umno masih guna media massa sebanyak-banyaknya mengutuk PAS dan berkempen untuk BN. Perasaan benci kepada kaum lain ditiup kepada pengundi Melayu terutama semasa ceramah umno di kampung.

Cara politik lama ini masih tidak diubah, walaupun teraju utama umno dan BN sudah berubah. Sungguhpun begitu, pengundi Melayu bandar, Cina dan India sudah tidak terpengaruh dengan kempen politik gaya lama ini. Gaya politik lama ini, bagaimanapun masih diterima pengundi Melayu luar bandar terutama di kubu-kubu umno.

Walaubagaimanapun, terdapat peti undi Melayu di kubu umno yang bukan sahaja mengekalkan undi PAS, malah meningkat lagi undi PAS dan mengurangkan majoriti BN. Antaranya, UPU Sungai Limau dan Kg. Jaha yang diletakkan dibawah PAS Kawasan Parit Buntar. 

Undi PAS meningkat 41 undi dari 118 kepada 159 dan mengurangkan majoriti BN dari 98 kepada 42 undi di UPU Sungai Limau. Undi PAS meningkat 2o undi dari 78 kepada 98 dan mengurangkan majoriti BN dari 62 kepada 52 undi di UPU Kg. Jaha. Mengapa undi PAS meningkat di sini?.

Peningkatan ini berlaku kerana PAS Parit Buntar dengan bantuan UPU tempatan memastikan pengundi luar PAS balik mengundi. 90 % pengundi luar PAS di kedua-dua UPU balik mengundi.
Pengundi Melayu di sini juga cepat menerima jawapan balas tuduhan " Nizar derhaka" dan 'Nizar boneka" melalui usaha PAS Parit Buntar dan UPU tempatan.

Bagaimanapun, sogokkan RM kepada pengundi atas pagar di kedua-dua UPU ini terutama malam terakhir menghalang peningkatan undi PAS lebih tinggi lagi. 

Kemerosotan undi Melayu kepada PAS perlu diberi perhatian serius oleh pimpinan PAS Perak. Memandangkan PAS banyak bertanding di kerusi lebih 80% pengundi Melayu, pimpinan PAS Perak mesti melakukan beberapa tindakan perlu bagi meningkatkan sokongan orang Melayu kepada PAS.

Wassalam




DUN Kuala Sepetang.


DUN Trong


DUN Changkat Jering

Read More >>

Kamis, 09 April 2009

Tulahan : Kalah dalam menang di Bukit Gantang

Salam,


Berakhir sudah PRK Bukit Gantang. Penulis bersyukur kerana bulan mencapai kemenangan dengan majoriti yang lebih besar. Penulis juga bersyukur kerana UPU Kampung penulis bulan mencapai peningkatan undi dari 78 semasa PRU kepada 98 pada PRK ini.

Walaupun tak mencapai target 100 undi, penulis tetap gembira kerana pertambahan ini dari pengundi Melayu dari kampung penulis sendiri. Semasa habis kiraan undi keluar dari dewan, nampak muka orang umno tak ceria sebab gagal menahan peningkatan undi bulan. Umno target dapat 200 undi tapi hanya dapat 150 undi. Majoriti pun berkurang dari 62 kepada 52 sahaja.

Sebenarnya, target penulis sebelum balik ke kampung undi bulan boleh capai lebih 100. Tapi dua hari sebelum pilihanraya, terasa kesukarannya kerana umno mula beli pengundi dengan basikal baru dan RM tunai bernilai ratusan ringgit.

Malah pada malam sebelum hari mengundi ada pengundi muda bulan yang disogok dengan RM. Penulis risau target tak tercapai. Malam tu juga, penulis pergi ke rumah pengundi atas pagar untuk kempen personal terakhir. 

Semasa hari mengundi, penulis serah semua kerja di luar dewan kepada kawan2 Parit Buntar. Lebih 200 orang Parit Buntar datang merayu undi dan memberi sokongan moral. Gerak kerja untuk pastikan semua pengundi bulan turun mengundi dijalankan kawan2 Parit Buntar dengan bantuan orang kampung. Daripada 66 pengundi cula bulan 62 turun mengundi.  

Pengundi India berjumlah 49 orang, yang mengundi hanya 24 orang. Kawan2 Parit Buntar dah cuba dapatkan pertolongan Kelab Penyokong untuk bawa pengundi India turun tetapi tak berjaya. 

Penulis dapat tahu ada sebuah van yang bawa 6 orang pengundi India untuk mengundi di kampung penulis telah melencong ke lain dan di beri RM untuk tidak mengundi. Penulis jangkakan dari 24 pengundi India ini, 60% undi bulan iaitu sekitar 15 orang.

Peratus mengundi di Kampung penulis meningkat dari 73% semasa PRU kepada 81% pada PRK kali ini. Umno angkut semua pengundi mereka pulang dengan bagi RM. Hanya 27 pengundi Melayu yang tak turun mengundi kerana tinggal terlalu jauh dari kampung. Ada juga, saja2 tak mahu mengundi.

Daripada 98 undi bulan ini, penulis jangka hanya 20% datangnya dari Kampung Perak yang pekat birunya. Selebihnya undi bulan datang dari kampung penulis sendiri. Sebenar, umno Kampung Peraklah yang berkelakuan ganas dan tidak senonoh.

Peristiwa orang umno pukul petugas NS berlaku di Kampung Perak walaupun akhbar Siasah dan media internet kata berlaku di kampung penulis. Umno Kampung Peraklah juga yang melakukan aksi tidak sopan semasa DS Nizar melawat Pusat Mengundi Kampung Penulis.

Penulis ucapkan syabas di atas keberanian petugas NS ini yang juga anak Kampung Perak yang hampir 20 tahun tak balik ke kampung itu.

Peristiwa pukul ini berlaku semasa Ceramah YB Shaari Sungip dan Ust. Nik Abduh dan Azhan Atan di kampung penulis. Petugas NS ini secara bersendirian buat aduan kepada pemantau SPR tentang banner yang kutuk PAS tanpa ada lambang BN di Kampung Perak. Penulis dan kawan2 Parit Buntar yang berada di kampung penulis pun tak tahu tentang aduan itu.

Bila ceramah tamat, kami terima berita dari petugas lain NS yang petugas ini kena pukul dan kereta beliau di ketuk. Apa yang dikesalkan, semasa peristiwa itu Polis ada bersama pemantau SPR. Kenapa Polis tidak mengambil apa2 tindakan menghentikan tindakan ganas orang umno ini. 

Polis juga tidak mengambil apa2 tindakan, walaupun sudah diberi plat 2 buah kereta orang umno yang bakar bendera kati di kampung penulis.

Mungkin petugas NS tidak puas hati dengan banner kutuk PAS di Kampung Perak dan mereka juga mungkin bertanya kenapa penulis dan kawan2 yang jaga UPU ini tidak mengambil apa2 tindakan.

Parit Buntar ada pendekatan sendiri dalam kawasan biru pekat ini. Kita tak mahu timbulkan suasana tegang yang menyebabkan pengundi bulan tempatan menjadi takut. Kita dah sebulan di situ dan tahu keadaan umno di situ. Sekiranya, orang umno yang berkelakuan ganas dan tidak bermoral ini berada di Parit Buntar dah lama kena cepuk. Kami tak biar punya.

Apa pun, penulis ucapkan terima kasih kepada Ketua UPU Kampung dan isterinya yang banyak berkorban masa dan tenaga, kawan2 Parit Buntar yang selama sebulan berkempen di kampung, petugas2 NS yang juga banyak membantu, Abang Aq anak Pak Long Chik yang sanggup bagi tanah untuk kami buat pondok panas dan semua pengundi yang mengundi bulan.

Bantuan dari luar ini telah meningkatkan sokongan di kampung penulis. Sekarang peratus pengundi bulan di kampung penulis dah mencapai 45% dan umno 55%. Kira ok la. Cuma kenduri kesyukuran bergantung kepada YDP Parit Buntar sebab dia kata jika dapat 100 undi baru nak buat kenduri.

Malam tadi Ketua UPU bagi tahu, orang bulan di kampung penulis buat kenduri makan satay 1000 cucuk, laksa, mee kari dan macam2. Ada orang kampung atas pagar yang bernazar bagi satay jika bulan menang di Bukit Gantang. 

Terima kasih sekali lagi, teruskan perjuangan.



Read More >>

Kamis, 02 April 2009

Tulahan : Umno kampung buat hal lagi di Bukit Gantang

Salam,

Semalam Ketua UPU Kampung penulis telefon bagi tahu umno buat hal lagi dekat kampung. Malam kelmarin petugas PR ada gantung poster calon di kampung, polis pun ada tengok PR pasang poster ini.

Esoknya, hilang semua poster. Ketua UPU pun buat aduan kat polis, sebab polis tahu di mana PR pasang poster calon yang hilang tu. Berita tu diketahui oleh umno, maka tak senang duduk mereka sebab sebelum ini mereka buang bendera bulan PR kat kampung tak buat aduan. 

Tapi sampai bila PR nak sabar, jadi aduan dibuat. Tup-tup petang semalam heboh umno kata bendera depa kena bakar. Jadi depa pun buat aduan, nak tutup la kerja jahat umno buang poster calon bulan. Nak kata PR pun jahat bakar bendera kati.

Namun Allah Maha Kaya, umno tak tahu bahawa semasa tengah bakar bendera bn. Petugas PR lalu kat situ, jelas yang bakar bendera bn tu kerja orang umno sendiri. Nak tipu macam mana plat kereta depa dah diambil petugas PR. Aduan sudah dibuat oleh Ketua UPU.


Sampai macam tu sekali, pemimpin umno ajar anak buah mereka buat kerja kotor. Sebenarnya umno kat kampung penulis semakin terdesak. Walaupun UPU Kampung penulis tu pengundinya paling sikit dalam DUN Sepetang. Tapi kempen PR dari hari ke hari merisaukan umno.

Namun kerja kotor umno ini bukan dilakukan oleh orang muda umno, sebaliknya, mereka yang sudah dalam peringkat umur tua. Orang muda umno sendiri yang cerita dekat penulis.

Kempen PR mudah di kampung penulis sebab hanya ada 52 buah rumah. Manakala, satu lagi kampung dalam UPU iaitu Kampung Perak hanya ada 36 buah rumah. 

Umno di kampung penulis pada peringkat awal tidak bertindak kotor. Tapi bila datang umno luar kemudian depa terikut perangai umno di Kampung Perak dan Kampung Sungai Mati yang birunya lebih pekat.

umno Kampung Perak dan Sungai Mati awal-awal lagi halang PR berkempen terutama untuk pasang bendera. PAS Larut sampai hari ini, hanya dapat pasang bendera di luar Kampung Sungai Mati. Mereka disekat, apabila nak pasang bendera di jalan masuk kampung. 

UPU Sungai Mati banyak bergantung kepada undi penduduk India di situ yang hampir sama banyak dengan pengundi Melayu.  

Setakat ini dengan bantuan kawan2 Parit Buntar kempen di kampung penulis berjalan lancar walapun ada sedikit ganguan umno. Pengundi atas pagar dah semua ditemui. Penulis cuma risau yang condong bulan lari sebab umno bagi duit banyak. 

Baru ini, abang dan adik penulis yang undi di kampung kena undi pos pula sebab jadi pegawai SPR masa pilihanraya. Hilang dua undi di kampung, tapi lega sikit sebab ada anak orang umno di KL telefon penulis nak balik undi bulan. 

Penulis akan balik sekali lagi, kali ini penulis akan turun sendiri pasang poster bulan. Sebelum ini tak sempat nak tolong kerana buat kerja kempen lain. Penulis akan ketuai budak muda bulan pasang poster. Nak takut apa, ini kampung penulis bukan kampung bapak depa.

Wasalam.
Read More >>

Rabu, 01 April 2009

Tulahan : Teruknya umno di Bukit Gantang

Salam,

Baru sampai dari Parit Buntar, terus duduk depan komputer nak cerita pasai kempen umno kat kampung. Sebab apa nak cerita? sebab nak tunjuk betapa teruknya pemimpin umno ajar pengikutnya halang orang berkempen.

Dah la depa gantung harakah dan suara keadilan, nak ceramah pun depa kacau. Baru ni, di kampung penulis ada anjur ceramah Tok Guru Presiden dengan YB Mujahid. Ramai yang datang, orang umno pun ramai dok dalam gelap. Tapi umno suruh orang karaoke supaya orang tak boleh dengar ceramah, punya la teruk.

Pemimpin umno dalam tv dan paper pengampu dok sebar cerita depa kempen cara elok. Pi la masuk kampung tengok rupa sebenar pemimpin umno penipu ni. Silap la depa sebab kita pakai hon speaker, boleh dengar satu kampung.


Tak cukup dengan tu, pemimpin umno suruh halang jalan masuk kampung supaya orang luar kampung jangan mai dengar ceramah. Depa kata ceramah tak jadi, balik la orang luar yang nak dengar ceramah Tok Guru, punya la tak cerdiknya umno.

Bila dah habis ceramah mai la budak muda umno jumpa penulis. Depa kata bukan depa yang nak buat karaoke tu, tapi orang tua umno yang suruh pasang karaoke. Depa pun tak setuju, sebab tak elok la macam tu.

Malam tu, anak-anak orang umno ramai yang dengar ceramah, mai kat depan pulak tu. Mak bapak mereka pun nak dengar juga, tapi malu orang tengok dok la dalam gelap. 

Orang kampung nak tahu maklumat, umno tak mau mereka tahu maklumat sebenar. Jadi pemimpin umno ajar umno kampung halang orang kampung dapat maklumat.

Sebenarnya umno tak sedar tindakan mereka yang tak berakhlak ini, bukan sahaja menyebabkan orang bulan marah. Orang umno dan atas pagar pun tak setuju. Sebab mereka masih berfikiran waras, tindakan umno ini tak betul.

Sebelum ni, penulis tak dengar bendera bulan kena buang di kampung. Balik kali ni budak muda bulan cerita ada bendera kena buang. Rupanya pemimpin umno dah ajar umno kampung buang bendera bulan pula. Nampak sangat umno terdesak.

Penulis kata kat budak muda bulan, tak payah balas. Pasang lain banyak-banyak, depa pun bukan berani buang semua. Lagi pun, sekecil kampung penulis pun ada ramai polis jaga. Tak kan mereka jaga keselamatan bendera kati ja, bendera bulan depa biar. 

Tapi boleh jadi juga sebab, malam ceramah tu polis ramai tapi tak dak sorang pun polis berani suruh umno hentikan karaoke. Sedangkan itu dah menimbulkan provokasi, kalau orang bulan tak sabar boleh gaduh. 

Malah polis ini, masuk ramai2  ke depan tempat ceramah kerana YB Mujahid masih belum berhenti ceramah walaupun masa dah lebih pukul 11.00 malam.  Nak suruh berhenti la, nampak sangat double standart. umno lagi la berlagak, sebab ada pelindung mereka.

Sekarang umno dah keluar banyak duit untuk tarik orang kampung sokong umno. umno akan kumpul orang kampung buat lawatan ke Langkawi, Pangkor, Genting. Kemudian bagi RM 200 seorang. Bukan di kampung penulis sahaja malah seluruh kampung dalam Bukit Gantang.

Setakat ini, dah ada tiga kali lawatan umno buat lawatan sambil berkursus kepada orang kampung. Dah berapa banyak duit mereka habis. Satu2 rombongan 40 orang satu bas, kalau campur  duit sorang dapat RM 200 X 40, duit bas, duit makan free, duit penginapan. Boleh makan belanja RM 15 ribu untuk satu rombongan.

Bayangkan berapa banyak rombongan mereka buat untuk satu parlimen Bukit Gantang. Berjuta umno keluarkan hanya untuk bawa orang kampung rombongan sahaja. 

Taktik ini merisaukan penulis kerana ramai yang di atas pagar yang dulu condong bulan bila dapat duit RM 200, dapat pula melancong makan free. Mereka ini mungkin goyang, kerana duit apa sahaja boleh jadi.

Sebelum balik, penulis suruh kawan2 Parit Buntar terus buat ceramah. Pedulikan halangan umno. Sekarang orang bulan Negeri Sembilan pun dah turun bantu. Kita akan jumpa pengundi rumah ke rumah. Ini negara demokrasi bukan kuku besi.

Wasalam.


Read More >>