Senin, 21 Februari 2011

10 binatang gergasi laut yang menakutkan


Spending your vacation on the beach and swimming in the sea is one of the best ways to enjoy your free time. Sea is nice and most of us love sea and its colorful life.

You can find a plenty of incredibly beautiful sea creatures that will amaze you with their beauty and colorful look. But, from a time to time, you’ll find there some of those scary and very dangerous ‘sea monsters’.

Some of those have a really sharp teeth , some of them can kill you in a minute with their venom, and some of them just look like they came from a horror movies. You better watch yourself when one of those come on your way while you are in the sea.

sea monstersl (3)
This fish lives at great depths, is known for its delicate body and huge razor-sharp teeth. “La Sabina”- a terrible predator (about 15 cm)- (GORDON AG-JONES)
 
sea monstersl (9)

Toothed and terrible anglerfish live in one of the worst places – at the bottom of the sea. (AFP / GETTY)

sea monstersl (2)
Despite the size of golf balls, sinekolchaty octopus can really “prick”. Its venom is so powerful that it can kill a person, and there is no antidote from him. (JOHN TAYLOR)

sea monstersl (1)
These terrible fish live in tropical and temperate cold waters – but, fortunately, you are unlikely to face to face with these fish because they live at depths of up to 5000 meters. (IAN JONES)

sea monstersl
Powerful killer whales feed on fish, seals and even sharks. (BARCROFT MEDIA)

sea monstersl (4)
Once considered extinct, coelacanths already 400 million years. Her re-discovered in 1938. (AFP / GETTY)

sea monstersl (5)
The most poisonous fish in the world – borodavchatka – master of disguise. It is ideally mixed with the sea floor. It does not attack, but if you step on it, and poison, this fish can paralyze or even kill you. (PA)

sea monstersl (6)
Little is known about the mysterious giant squid that lives deep in the coal-black waters of the Pacific Ocean. Their mystique only grows stronger with legends of the great sailors tentacles, escaping from under the water and dig into the boats. In fact, these creatures grow up to 18 meters in length and weigh up to 900 kg. (AFP / GETTY)

sea monstersl (8)
With a length of 1.5 meters and weight of 10 kg of red king crab can inspire the House in the lives of sea creatures. (PAUL GROVER)

sea monstersl (7)
Sperm whale – the largest representative of the toothed whales. Adults grow to 18 meters in length. (AP)
Read More >>

Kisah liku-liku anak paderi bertukar agama dari Kristian kepada Islam

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs1204.snc4/155621_176827345678534_100000538094606_508710_946933_n.jpg
Satu cerita benar untuk renungan

Nama saya Farhan Bin Abdullah. Nama asal saya sewaktu beragama Kristian ialah Johanis. Saya dilahirkan dibumi Sabah dalam keluarga Kristian.
Bapa saya seorang ketua Paderi yang menjaga 15 buah gereja disatu kawasan di Sabah. Saya dilatih oleh bapa saya untuk menjadi seorang paderi.
Sejak mula PBS bawah Datuk Joseph Pairin Kitinggan usaha kami mendapat sokongan penuh kerajaan negeri.

Kumpulan saya masuk ke kampong dalam berbagai program. Selalunya program khidmat masyarakat. Pihak gereja selalunya membekalkan wang tunai sekitar RM50,000/==.
Berbagai aturcara dibuat untuk membantu orang kampong.. Kami ziarah rumah kerumah. tanya masalah mereka dan bantu mereka. berbagai masalah diluahkan.
Ada kami bantu dengan duit secara spontan. Ada kami hantar keperluan harian,pakaian dan buku sekolah dsb.

Dengan cara ini kami mendekati mereka. Hasilnya dengan beberapa kali kunjungan susulan,kami berjaya mengkristiankan mereka. Paling berbaloi kami mengkristian remaja Islam,tambah berbaloi dari kalangan intelek…
Hasilnya kami dapat RM3,000/== setiap seorang Islam yang dimurtadkan. Bayangkan pendapatan saya ketika masih dialam persekolahan.

Sewaktu Tingkatan 3 saya dan beberapa rakan mengambil m/pelajaran Agama Islam yang boleh dipilih dengan lukisan(betapa hinanya m/pelajaran ini setanding dengan lukisan).
Saya mendapat A-3. Sewaktu tingkatan 4 saya belajar di sekolah asrama penuh. Saya terus ambil pelajaran Agama Islam.

Tujuan saya untuk tahu mengenai Islam dan memmudahkan saya menyebarkan agama kristian. Saya mempunyai beberapa soalan yang saya kira tidak mampu dihuraikan oleh orang Islam.
Pada suatu hari sewaktu tingkatan Enam bawah, saya bersemuka dengan Ustaz yang mengajar saya(saya panggil cikgu)… “cikgu saya ada beberapa soalan, tapi saya rasa tak sesuai dikelas ini, bolehke saya ke rumah cikgu…”

Ustaz itu bersedia. Lalu saya bersama beberapa rakan kerumah ustaz itu. Saya katakan “cikgu saya mahu berdialog secara ilmiah, bukan atas nama Islam,agama cikgu dan bukan atas nama Kristian,agama saya”. saya kemukakan beberapa persoalan, antaranya;- -

- Mengapa orang Islam sembah kaabah? Sebenarnya semua agama sama sahaja. Nasrani, Yahudi, Kristian dan Islam adalah agama langit.

- Mengapa diakhir zaman, Nabi Isa akan turun bersama Iman Mahadi membebaskan kezaliman dan kekacauan dan bukannya Nabi Muhammad.

- Mengapa dalam sejarah dan hingga kini orang Islam suka peperangan.

- Injil sekarang dikatakan diseleweng.Kalau begitu mana yang asalnya.

Yang menghairankan ustaz ini dapat menjawab pertanyaan saya dan kawan-kawan dengan begitu ilmiah. Saya dan kawan-kawan mati akal. Kemudian saya dibebani dengan 3 persoalan yang tidak mampu saya menjawab secara tepat.

Apakah boleh manusia(paderi) mengampunkan dosa manusia lain.persoalan ketuhanan 3 dalam 1 dan 1 dalam 3 – konsep ketuhanan Jesus.

Saya mengatur pertemuan ustaz saya dengan beberapa orang paderi,kawan-kawan bapa saya. tetapi mereka enggan. Lalu saya bawa ustaz itu kerumah saya dan bertemu bapa saya seorang ketua paderi.
Ternyata bapa saya juga tidak mampu menjawab persoalan yang dibawa oleh ustaz itu. Sebaik ustaz itu pulang, bapa saya memarahi saya kerana bawa ‘orang malaya’ datang kerumah.

Sejak itu beberapa kali saya tidur rumah ustaz itu. Disamping mengulangkaji saya gemar berdialog dengan ustaz itu. saya memerhatikan kehidupan ustaz tu,saya mengagumi cara hidupnya.

Suatu malam saya bermimpi didatangi 3 orang berjubah. Seorang berjubah hitam membawa salib. Seorang berjubah putih membawa bendera bertulisan jawi. Dan seorang berjubah hijau yang meminta saya membuat pilihan.
Yang berjubah hitam dan berjubah putih saling menarik saya mengikuti mereka. Saya meronta-ronta. Disamping itu saya dapati yang berjubah hitam semakin tengelam dan yang berjubah putih semakin tinggi.

Sedang saya meronta-ronta, saya terjaga.. Saya mendengar suara azan dan ustaz tadi berada ditepi saya dan berkata,” mengapa Johanis….awak mengigau….”

Saya pegang tangan ustaz itu, saya katakan,”Cikgu Islamkan saya…………”.Ustaz itu minta saya bersabar untuk dia uruskan dengan pihak tertentu. Tidak lama selepas itu saya pun di Islamkan oleh Ustaz itu.

Selesai penIslaman saya, saya pulang ke rumah. Sampai di rumah,saya lihat pakaian saya bertabur diluar rumah. Rupanya bapa saya telah tahu.
Sebaik melihat saya, bapa bergegas masuk dan keluar semula dengan mengacu senapang ke arah saya. Tiba-tiba emak menerkam dan peluru senapang meletup keatas.

Saya segera meninggalkan rumah sehelai sepinggang. Tinggalkan keluarga saya. Tinggalkan sekolah. Saya bersembunyi sekejap rumah ustaz sebelum saya dibawa oleh ustaz pulang ke semenanjung sebaik habis kontrak mengajar di Sabah .

Saya diserahkan kepada PERKIM di Kuala Lumpur. Secara kebetulan rakan saya Nazri,vokalis kumpulan Raihan juga memeluk Islam, tetapi mengikuti kumpulan Ar-Arqam. 2 lagu dalam album pertama kumpulan Raihan adalah saduran lagu koir yang kami nyanyikan dalam gereja sewaktu di Sabah dulu..

6 tahun saya di PERKIM. Saya masuk pula Maahad Tahfiz. Alhamdulillah saya dapat sijil Al-Hafiz selepas 3 tahun. Kemudian saya bekerja dengan Jabatan

Agama Islam. Saya banyak masuk kawasan di Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang. Tak sampai setahun saya letak jawatan.Saya sedih kerana ramai pendakwah ini nak berdakwah pun merungut duit over time. Saya rasa tiada keiklasan.

Biarlah saya jadi pendakwah bebas.. Saya ingin membilas dosa lalu.. Saya telah ramai memurtadkan orang..kini saya mahu berjuang untuk mengIslamkan seramai mungkin dengan kualiti bukan kuatiti saja.

Berbalik kisah keluarga saya. Selepas meninggalkan rumah dan belajar di PERKIM saya selalu telefon ayah,emak dan adik beradik saya. Saya katakan jangan bencikan saya. Saya sayang ayah..saya sayang emak..saya sayang adik beradik saya. Ayah dan emak tetap ayah emak dunia dan akhirat.

Walaupun ayah menyambut dingin suara saya, saya hantarkan buku-buku yang sesuai menerangkan tentang Islam. 7 tahun saya telefon. 7 tahun saya hantar surat dan buku-buku.
Saya menangis kerana rindukan ayah,emak dan adik beradik. Akhirnya, sewaktu saya di Maahad Tahfiz, bagaikan halilintar saya mendapat berita……… Ayah saya menganut Agama Islam.

Allah saja yang tahu perasaan saya ketika itu. Saya menangis dan menangis. Saya ambil wuduk dan sujud syukur. Air mata saya menjadi terlalu murah…..saya terus menangis…saya pejamkan mata…saya bayangkan ayah dihadapan…saya peluk erat tubuh ayah dan kami menangis bersama……….Ya Allah betapa agungnya kekuasaanMu….

Peristiwa yang saya alami sewaktu memeluk Islam turut dirasai oleh ayah saya. Dia dihalau dari rumah yang diberi oleh pihak gereja. Kini saya pendakwah bebas. Saya sedih melihat umat Islam hari ini berpecah.

Kita berpecah kerana kita meninggalkan Quran dan sunnah Rasul. Kita ambil sebahagian dan kita tinggalkan sebahagian. Kita ambil contah pelaksanaan hukum Hudud dan Qisas.
Mengapa kita cari jalan nak menentang pelaksanaanya. Sepatutnya kita cari jalan supaya dapat dilaksanakan. Inilah sikap umat Islam. Saya pernah berdialog dengan beberapa orang pensyarah universiti tentang isu Hudud & Qisas. Dia boleh sergah saya,”You apa tahu…..Islampun baru setahun jagung…..”

Saya sedih dengan sergahan pensyarah itu. Kalau ini sikap pendakwah saya tak akan masuk Islam. Tapi saya pilih Islam kerana saya tahu Apa itu Islam. kerana itu saya ajak menghayati Islam..

Saya kumpulkan semula kawan-kawan masa Kristian dulu. Saya berdialog tentang Islam. Saya kumpulkan derma untuk tujuan dakwah ini,untuk bergerak perlukan wang. Saya diancam oleh puak Kristian. saya juga diancam oleh umat Islam.

Apa tauliah awak,mana kebenaran Jabatan Agama,mana permit polis,sapa benarkan pungut derma dll. Saya tak gentar berdialog dengan puak Kristian,kerana saya ada pengalaman tapi sukarnya bila Umat Islam sendiri menyulitkan saya.

Marilah kita awasi dakyah Kristian. Satu usaha yang agak ketara ialah di IPT. Pendakyah ini mendekati kaum muslimah,pura-pura nak belajar Islam….jatuh cinta…lalu dimurtadkan…ada yang pura-pura masuk Islam….dan dimurtadkan.
Saya sudah pergi banyak IPT. Saya paling bimbang di Universiti Putra Malaysia . Itulah satu-satunya Universiti yang ada gereja. Gereja ini antara yang aktif untuk memurtadkan orang Islam.

Saya nak nasihatkan kalau ada saudara kita terminum ‘Holly Water’.

Sebenarnya air ini dibuat di Vatican City . Dijampi oleh paderi termasuk Pope John Paul yang jemput Perdana Menteri kita dulu.
Kalau terminum, cari air kolah dari 3 masjid. Baca Al-Fatihah 1x, Yasin 1x, 3 qul 1x, dan selawat. Ambil sebahagian buat minum dan sebahagian buat mandi. InsyaAllah mereka akan sedar dan dapat diselamatkan. InsyaAllah.gurindam remaja Islam
Read More >>

Minggu, 20 Februari 2011

Kisah pelik tapi benar : Pelajar di sekolah tahfiz

http://3.bp.blogspot.com/_dGvCMOfyWkk/SyJtIIO2QvI/AAAAAAAAA8k/7TbTtWqTyiM/s400/tahfiz.jpg

Gambar hiasan

Cerita dari Mak Teh pengendali sekolah tahfiz :

Ada tiga jenis orang yang tidak boleh belajar di sekolah kami. Mereka ini bukan yang tak layak, tak pandai atau tak mahu.

Mereka ini adalah orang yang layak ( kami telah menerima masuk ), pandai mendapat 3, 4 atau 5 A , dan sangat berminat belajar di sekolah kami.

1. Jenis yang ada saka atau benda peliharaan Tok Nenek

Sebelum membuka sekolah ini Mak teh dan Pak haji tidak pernah tahu apa itu saka. Setelah membuka Sekolah ini pada tahun ke2 pengambilan pelajar, ada seorang pelajar yang mula-mula sekali datang berdaftar.

Ini menunjukkan pelajar itu dan keluarganya sangat minat pada sekolah kami. Malangnya dia hanya dapat bertahan 3 hari orientasi sahaja. Apabila anak-anak tahfiz mula sessi bacaan al-Quran dia mula jadi sakit.

Dia akan sesak nafas, berguling-guling kesakitan dan menjerit panggil emaknya. Kadang-kadang sakitnya itu seolah-olah orang sakit perut dan kadang-kadang seolah-olah ada orang mencekiknya.

Kamipun telefon memberitahu ibubapanya suruh datang ke sekolah melihat keadaan anak mereka. Ibubapanya segera datang untuk membawanya pulang untuk berubat.

Mula-mula kami ingat ini kes saikologi, anak-anak yang tidak dapat menyesuaikan diri dengan asrama. Tiga hari kemudian pelajar itu kembali keasrama dengan wajah yang ceria.

Aku nampak keriangan di wajahnya apabila masuk semula melakukan perkara-perkara biasa apabila mula masuk asrama. Namu hari berikutnya pelajar itu jatuh sakit lagi.

Tiga kali ibubapanya ambil dia bawa pulang untuk berubat. Akhirnya mereka datang beritahu hal yang sebenar bahawa anak mereka itu kena gangguan saka.

Mereka menerangkan kepada kami bahawa datuk sebelah ibunya mewarisa saka tok nenek dan sekarang hendak di turunkan kepada ibu pelajar itu walaupun dia tidak mahu mewarisinya ( kerana dia anak sulung dalam keluarga ) dan saka itu mengganggu pelajar ini sebab dia juga anak sulung.

Maka kami membenarkan anak itu di keluarkan dari sekolah kami. Mereka telah pergi merata tempat untuk cuba membuang saka itu. Adakah mereka berjaya berbuat demikian?

Kami telah putus hubungan dan tidak tahu kisah selanjutnya cuma ada terdengar anak itu mereka hantarkan ke sekolah biasa.

Setakat hari ini sudah ada 3 kes yang sama seperti ini. Perbezaanya hanyalah sedikit. Kes yang ke 2 berlaku tahun lepas, dimana pelajar itu masuk ke sekolah kami agak lewat.

Bila di tanya mengapa datang lewat, dia berkata telah bersekolah di maahad tahfiz lain tetapi tidak sesuai. Perkara yang berlaku keatas pelajar ini kurang sikit seriusnya tetapi pelajar ini selalu menakut-nakutkan pelajar lain dengan menceritakan dia ada membawa bersamanya beratus-ratus ekor jin.

Maka nak-anak lainpun cemas dan ketakutan. Pelajar ini selalu mengadu sakit perut atau demam di pagi hari. ( kami mengesyakki dia mengada-adakan cerita kerana malas belajar ).

Namun apabila kejadian dia sakit berulang, kami panggil ibubapanya supaya mengambil dia pulang. Akhirnya kami mendapat tahu budak ini juga adalah mangsa masaalah gangguan saka walaupun bapanya tidak mengaku.

Kami buat keputusan tidak benar pelajar ini kembali ke sekolag kerana dia mengganggu ketenteraman pelajar lain. Arahan Pak haji kepada ibubapanya

" Jangan bawa dia pulang ke sekolah ini selagi di tidak di pulihkan dari penyakitnya." Sehingga hari ini kami tidak dengar lagi berita dari keluarga ini.

Kes yang ketiga baru berlaku di tahun ini, dimana seorang pelajar itu akan di ganggu apabila dia masuk ke asrama. Keluarganya telah cuba mengubatinya tetapi tidak berjaya.

Setiap kali dia pulang ke asrama benda halus itu akan membuat dia sakit. Dia cuba melawan tetapi dia tidak sanggup lagi apabila benda itu menjelma dan menunjukkan dirinya.

Kes ini, keluarganya telah menafikan ada kaitan dengan saka. Mereka tidak dapat menjelaskan kenapa syaitan atau jin itu mengganggu anak mereka. Akhirnya anak itu di bawa keluar dari sekolah ini walaupun mereka kecewa berbuat demikian.

2. Jenis yang Anak mahu belajar tetapi ibu tak senang duduk.

Ada 2 kes di mana anak-anak itu sedang pelajar bersungguh-sungguh tetapi ibunya menghadapi masaalah tidak boleh tidur. Belum sampai sebulan ( dua minggu ) anak itu belajar menghafal Al-Quran dengan penuh minat, tiba-tiba si ibu datang pada malam hari tergesa-gesa mahu mengambil anak itu pulang.

Alasan yang di beri ialah ibu itu gelisah, tak senang duduk dan tidak boleh tidur malam. Anak itu terpingga-pingga sebab dia baru mula asyik seronok membaca dan menghafaz al-Quran.

Anak tidak mahu pulang tetapi kerana kemahuan ibu wajiblahlah dia akur. Kesihan mengingatkan kisah anak-anak seperti ini. ( Dua kes seperti ini telah berlaku ).

Kami pernah berdoa agar budak itu di suatu hari kembali kepada kami. Namun sampai hari ini mereka tidak muncul kembali.

Kes jenis ini besar kemungkinan, ibu itu belum sampai tahapnya mendpat anak Al-hafiz atau Al Hafizoh.

3. Jenis ketiga, Anak boleh belajar dengan baik, Ibu nampak Ok, Si bapa kurang mengambil peranan

Kami telah melalui 3 kes yang jenis ini. Anak-anak boleh belajar dengan baik, pelajaran mereka sedang meningkat. Sedihnya si bapa kurang mengambil peranan. Akhirnya anak ini mereka keluarkan dari sekolah kami tanpa kami tahu apa sebab yang sebenarnya.

Besar kemungkinan ada yang mereka tidak suka dengan sistem kami atau mereka tidak sefahaman dengan matlamat yang kami hendak membawa anak mereka. Pastinya mereka ini orang-orang yang tidak berterus terang dengan kami.

Walaupun kami sedih apabila mereka mengambil anak mereka keluar, kami redha kerana setiap hari kami berdoa agar anak-anak dan ibubapa mereka ini ( anak-anak tahfiz kami dan ibubapa mereka ) adalah jenis orang-orang yang berbaloi kami korbankan tenaga dan usaha kami.

Itulah cerita mak teh 3 jenis orang-orang yang tidak boleh tinggal belajar di sekolah kami. Wallahu'alam !Tepak Sireh Mak Teh
Read More >>

Kisah ustaz dan penggali kubur diganggu iblis menyerupai mayat

Cerita asal: Ustaz Haron Ibrahim

http://pakarhowto.com/wp-content/uploads/2010/05/jenazah.jpg
Gambar hiasan

Hati saya mula rungsing. Mayat yang sedang saya mandikan menyebabkan bulu roma saya tegak, seram, seluruh badan berasa hangat serta tidak tenteram.

Bukanlah keadaan mayat yang cuma separuh sahaja itu yang sebabkan saya rasa seram, tapi ada sesuatu yang lain yang saya rasakan ada bersama-sama kami, yang mengganggu kami.

Keadaan mayat tersebut memang mengerikan sebab cuma bahagian pinggang ke bawah saja yang saya dan kawan-kawan saya uruskan.

Mayat yang dalam lingkungan umur 30-an tahun itu dijumpai terapung di dalam laut selepas beberapa hari dicampak ke situ. Baunya memang busuk

Walaupun demikian sekali rupa mayat tersebut, namun ia tidak menyeramkan saya. Sudah bermacam-macam mayat yang pernah saya uruskan yang lebih dahsyat dan lebih ngeri daripada itu. Tapi mayat yang ini lain macam sedikit.
 
Semasa memandikan jenazah itu bulu roma saya terus tegak. Tapi saya uruskan juga sambil membaca ayat-ayat suci Al-Quran, khususnya ayat kursi, terus saya baca.

Berdasarkan lepas-lepas, jika begitu perasaan yang saya alami, maknanya jenazah yang saya uruskan bukanlah dari kalangan mereka yang dicintai Allah.

Apabila sudah selesai menguruskannya, kami hantar jenazah tersebut ke kawasan perkuburan.
“Encik, jangan kebumikan dulu jenazah ini, sehingga saya datang ke sini semula,”
pesan saya kepada penggali kubur. Saya tidak dapat turut serta kerana saya perlu menghantar dahulu juru urus jenazah wanita yang dipanggil untuk menguruskan satu jenazah lain.
“Insya-Allah,”
jawab penggali kubur tersebut. Saya tinggalkan dia tanpa memberitahu kepadanya bahawa mayat tersebut bermasalah. Bagi saya ini perkara aib, tak perlulah saya jelaskan kepadanya.

Selepas menghantar juru urus jenazah wanita, saya balik ke kawasan perkuburan tersebut. Hajatnya untuk sama-sama mengebumikan jenazah berkenaan, namun apabila tiba di kuburnya, saya tengok ia sudah dikebumikan.
“Tak apalah ustaz. Saya dah kebumikan. Dah selesai,”
kata penggali kubur tersebut.
“Alhamdulillah. Tak apalah, saya balik dulu.”
Namun apabila masuk sahaja ke dalam kereta, saya rasa seperti ada sesuatu yang mengekori. Seolah-olahnya mayat itu ada dalam kereta untuk mengikuti saya pulang ke rumah. Perasaan seram kembali semula.

Dengan serba sedikit ilmu yang saya tahu, saya cuba halau ‘benda’ itu. Namun saya tahu saya gagal dan ia mengekori hingga ke rumah kerana pada malam itu saya berperang dengannya.

Kira-kira pukul 11 malam, ketika kami sekeluarga hendak tidur, saya mula rasa lain macam. Isteri dan anak saya juga gelisah seperti ada sesuatu yang mengganggu perasaan mereka. Perasaan seram kembali datang. Bulu roma saya meremang.

Satu demi satu ayat suci saya baca dan kemudian hembuskan hingga syaitan itu pergi meninggalkan saya. Biasanya saya gunakan surah Al-Fatihah, ketiga-tiga Qul, ayat Qursi, amanarrasul dan satu ayat lain yang terakhir.

Alhamdulillah saya berjaya, tapi tiadak lama kemudian gangguan itu datang kembali. Sekali lagi saya bacakan ayat-ayat tertentu dan hembuskan ke arahnya. Untuk sementara waktu, ia lari meninggalkan saya.

Rupa-rupanya gangguan itu cumalah permulaan. Semakin larut malam, tindakannya semakin agresif. Apabila saya mula hendak melelapkan mata, ia kembali semula dan mencucuk tubuh saya.

Saya tersentak dan tidak jadi tidur. Saya lihat sekeliling, tapi tiada apa yang saya nampak kecuali gelap. Saya baca ayat-ayat tertentu dan gangguan itu berhenti seketika.

Memikirkan gangguan itu sudah berakhir, saya cuba melelapkan mata. Namun apabila saya hampir terlena, ia datang semula dan mencucuk pusat saya.

Sekali lagi tersentak. Begitulah yang berlaku seterusnya. Punggung dan badan saya dicucuk apabila hendak melelapkan mata.

Setelah hampir sejam diganggu, akhirnya gangguan itu terus berhenti. Saya tidur tanpa sebarang gangguan lagi.

Alhamdulillah, itulah sekali saya diganggu oleh syaitan daripada mayat berkenaan.

Telahan saya bahawa gangguan tersebut berpunca daripada mayat yang saya uruskan pada siang harinya memang berasas.

Sebabnya ialah, tidak berapa lama kemudian saya mendapat berita bahawa penggali kubur itu telah jatuh sakit selama sebulan.

Sejak mengebumikan mayat tersebut, hidup penggali kubur itu mula tidak tenteram kerana diekori oleh ‘mayat’ berkenaan.

Apabila dia masuk saja ke pejabat, dilihatnya mayat itu berada di dalam pejabatnya. Apabila dia masuk bilik mandi, di situ juga ada mayat.

Pendeknya ke mana sahaja dia pergi, di bilik tidur, di ruang tamu, di bawah pokok atau di mana sekalipun, pasti dia akan ternampak mayat itu.

Akibatnya dia sakit selama sebulan dan meracau yang bukan-bukan. Selepas puas berubat, akhirnya dia sembuh seperti sediakala.

Mungkin ada yang mengatakan cerita saya ini karut, atau sengaja direka, tapi percayalah, ia memang benar-benar terjadi. Bagaimanapun, alhamdulillah, kejadian itu memberi iktibar yang besar kepada saya.

Dari segi syarak, gangguan yang kami alami itu dilakukan oleh iblis menyerupai mayat untuk menakutkan kita supaya kita berhenti daripada menguruskan jenazah, gangguan seperti ini jangan dilayan kerana menguruskan jenazah adalah ibadah.

Saya yakin gangguan yang kami lalui berpunca daripada ilmu hitam yang diamalkan oleh lelaki tersebut.

Menurut pendapat sesetengah orang, gangguan seperti itu berlaku kerana lelaki berkenaan membela jin dan syaitan untuk dijadikan khadam melindunginya.

Bagi yang menuntut ilmu kebal, salah satu cara untuk membunuhnya ialah dengan membuang separuh mayatnya ke dalam sungai atau laut dan separuh lagi dibuang di darat.

Itulah syaratnya kerana kalau kedua-dua bahagian tubuh itu dibuang di darat, atau kedua-duanya dibuang ke dalam air, ia akan bercantum dan mayat tersebut akan hidup semula. Itulah cerita yang saya dengar, betul atau tidak, wallahu’alam.

Nasihat saya, janganlah dituntut ilmu yang bukan-bukan, yang bersahabat dengan syaitan. Dalam syarak, apa ilmu kita tuntut pun kita tak boleh kebal. Malah nabi yang hafaz Al-Quran, rasul, tapi dia juga cedera semasa perang. Sebenarnya kita bukannya kebal, tapi dilindungi oleh jin.rediesh.com
 
“Ingatlah, jika kita berkehendakkan sesuatu, bermohonlah kepada Allah. Janganlah salah guna ayat Al-Quran. Dan apabila berdoa, jangan berwasilahkan kepada yang lain daripada nabi.”
Read More >>

Sabtu, 19 Februari 2011

Pengakuan bekas Pembantu Menteri KDN Mesir, Mubarak arah tembak demostran


Kita di Malaysia setiap hari disajikan oleh penafian Mantan Perdana Menteri Tun Mahathir terhadap banyak isu. Mahathir nafi arah tangkapan ISA semasa operasi Lalang. Sedangkan, beliau adalah Menteri KDN pada masa itu.

Penafian beliau disokong pula oleh bekas Ketua Polis Hanif Omar. Kenapa mereka berani bercakap tidak benar? kerana regim Umno BN masih belum jatuh, kuasa masih ditangan mereka dan kumpulan mereka.

Jika , rakyat hendak tahu kebenaran sebenar semua peristiwa yang berlaku. Kena jatuhkan regim Umno BN dahulu, barulah segalanya terbongkar.

Lihat apa yang berlaku di Mesir selepas regim Mubarak jatuh, pengakuan demi pengakuan dibuat dan rakyat Mesir sedang menyaksikan bahawa selama ini mereka dibohongi, digula-gulakan oleh regim Mubarak. Baca pengakuan terbaru bekas Pembantu Menteri KDN Mesir....
 
Mayjen Mansour Eisawy bekas Pembantu Menteri Dalam Negeri Mesir membuat pengakuan bahawa keputusan untuk menembak para demonstran bukan keputusan Habib Adly sebagai Menteri Dalam Negeri sahaja, tapi keputusan ini diambil dari perintah yang dikeluarkan oleh Presiden Mesir Hosni Mubarak.

Dalam sebuah acara dialog di saluran televisi Mesir, Eisawy menyatakan:

"Pandangan Menteri Dalam Negeri adalah tidak untuk menembak para demonstran, tetapi adanya perintah resmi dari panglima tertinggi yaitu mantan Presiden Mubarak."

Eisawy mengatakan juga bahawa keputusan untuk menarik polisi dari jalan-jalan ibukota, muncul setelah adanya percakapan telefon langsung antara Mubarak dan Habib Al-Adly.

Pada sumber lain, sumber rasmi mengatakan pihak tentera menyatakan bahawa darah para pejuang revolusi 25 Januari tidak akan terbuang sia-sia.

Sumber itu mengatakan akan membuka siasatan penyebab dan insiden serangan pada Rabu 2 Februari yang menyebabkan banyaknya korban dari pihak demonstran.EraMuslim
Read More >>

10 kereta terkecil di dunia



ElBil Norge Buddy Cab

1. ElBil Norge Buddy Cab

ElBil merupakan kereta elektrik Norwegia. Ini merupakan model generasi keenam yang disebut Kewet. ElBil dikembangkan pertama kalinya pada 1991. Selama lima generasi pertama, lebih dari 1000 kendaraan elektrik yang diproduksi, dijual di 18 negara.

Lumeneo Smera

2. Lumeneo Smera

Seorang warga Perancis mencipta kereta elektrik Lumeneo Smera hingga akhirnya dilancarkan pada Mei . Mereka membelanjakan hampir Rp300 juta setiap unitnya. Pada masa ini hanya terdapat di Perancis, tetapi dipertimbangkan untuk dijual di seluruh Eropah pada tahun depan.
Tango

3. Tango

Tango memiliki dua motor elektrik yang membolehkannya bergerak dengan kelajuan 100 kilometer per jam dalam waktu kurang dari empat saat. Mereka menjual dengan harga yang sangat tinggi, hampir Rp1 miliar.

Reva G-Wiz

4. Reva G-Wiz

G-Wiz merupakan kereta bandar yang dibuat oleh Reva Electric Car Company di Bangalore, India. Kereta ini terdapat di England.

Smart Fortwo

5. Smart Fortwo

Smart Fortwo mengawali debutnya pada 1998. Sepuluh tahun kemudian, versi konsep elektrik utuh, Ed Fortwo, diumumkan. Fortwo tidak hanya dijual di Eropah, tetapi juga terdapat di AS.

Kandi Coco

6. Kandi Coco

Kandi Coco tersedia bagi penduduk Oklahoma, AS, dengan harga kurang dari Rp8 juta. Ini berkat kemudahan pinjaman dari pemerintah tempatan. Kereta elektrik dua penumpang ini dilancarkan pada 2009.

Daihatsu Copen

7. Daihatsu Copen

Daihatsu Copen adalah kereta dua tempat duduk yang hanya terdapat di Jepun dan Eropah. Ciptaan asal Jepun ini sudah mempromosi Copen sejak 2001.

Think City

8. Think City

Pengeluar kereta Norwegia merancang membuat kereta yang seluruhnya menggunakan elektrik, seperti projek Amerika Syarikat. Namun, setelah dikeluarkan pertama kali pada 2009, pengeluar kereta ini menghentikan produksinya kerana alasan kesulitan modal.

Bollore BlueCar

9. Bollore BlueCar

Kereta ini hanya terdapat di Perancis. BlueCar adalah kendaraan elektrik yang menawarkan kelajuan maksimum 135 kilometer per jam dan boleh berjalan sejauh 250 kilometer. Untuk mengisi bateri, BlueCar memerlukan waktu hingga enam jam.

Ford KA

10. Ford KA

Ford memperkenalkan KA pertama kalinya pada 1996, dan mereka menganggap itu sebagai hari Volkswagen Beetle moden. Penjualan kereta ini sangat laris di Britain bukan di Amerika Syarikat, negara asal kereta ini . Bagi sebahagian rakyat Britain, menggunakan kereta murah ini lebih baik daripada mereka harus mengganti kereta tua.Outomotif.ndyteen
Read More >>

Jumat, 18 Februari 2011

Perkembangan 10 negara yang berhadapan dengan protes rakyat selepas Tunisia dan Mesir

http://mediajurnalindonesia.com/wp-content/uploads/2011/02/demo-mesir-berlanjut.jpg

Aksi demonstrasi dan revolusi menentang pemerintahan yang terjadi di Timur Tengah ternyata tidak hanya terjadi di Tunisia maupun Mesir. Aksi menuntut adanya revolusi ini juga telah menjalar di beberapa negara lain yang berada di Timur Tengah dan juga merebakke Afrika Utara. Berikut merupakan negara-negara yang sedang mengalami protes rakyat menuntut adanya perubahan dalam pemerintahan. 
 
1. Aljeria

Pemerintah Aljeria menyatakan akan segera menghapuskan Undang-undang Darurat yang telah dilaksanakan selama 20 tahun. Tindakan itu diambil setelah terjadi aksi demonstrasi yang menginginkan perubahan kekuasaan. Dalam aksi tersebut terjadi pertempuran antara pendemo dengan polis.

2. Bahrain

Aksi protes di negara Teluk Parsi, Bahrain menyebabkan kematian seorang pendemo dan tiga orang polisi kritis. Demonstrasi itu menuntut reformasi politik, perubahan hak berpolitik, menghormati hak asasi, dan menghentikan diskriminasi sistem pada Syiah. Aksi itu awalnya berlangsung aman hingga polis kemudian berusaha menyuraikan dengan menggunakan peluru getah dan menyembor gas berasid.
 
3. Iran

Puluhan ribu pendemo melakukan perarakan panjang di Jalan Revolusi di ibukota Iran, Teheran Isnin lalu. Mereka memprotes presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad. Aksi itu awalnya berlangsung aman ketika mereka bergerak menuju Azadi Square tetapi berlaku pertempuran dengan polis yang ingin menghalangi mereka.

4. Iraq

Ribuan orang menyertai demonstrasi di berbagai bandar bulan ini. Mereka memprotes kemiskinan yang bermaharajalela, 45 % rakyat menggangur, dan terbatasnya stok makanan, elekrik dan air. Setelah aksi protes itu, Perdana Menteri Nuri al-Maliki mengumumkan ia akan memotong setengah gajinya ditengah-tengah keadaan buruknya layanan awam dan kurangnya bekalan air. Al-Maliki juga menyatakan tidak akan melanjutkan tempoh pemerintahannya untuk penggal ketiga setelah masa pemerintahannya berakhir pada 2014.

6. Jordan

Raja Abdullah II melantik kabinet yang baru setelah terjadi protes anti pemerintah. Kabinetyang baru diberi mandat melakukan reformasi politik. Keadaan ekonomi di Jordan terpukul oleh penurunan ekonomi global dan meningkatnya harga komoditi, dan angka pengangguran kumpulan muda sangat tinggi, seperti yang terjadi di Mesir.

7. Libya

Seruan untuk melakukan aksi demonstrasi aman yang di selenggarakan pada hari Isnin lalu diumumkan melalui media sosial facebook. Aksi protes ini berada dalam pengetahuan pemimpin Moammar Gadhafi yang telah memerintah negara itu selama hampir 40 tahun. Namun, tidak diketahui apakah aksi protes itu berhasil dilakukan.

8. Pemerintah Palestin

Kabinet Perdana Menteri Salam Fayyad mengundurkan diri dan menyerahkan kepada pemerintah Palestin Presiden Mahmoud Abbas pada Isnin lalu, sehari setelah pengumuman pelihanraya pada September. Pemerintah Palestina tidak melihat ada kesamaan demonstrasi seperti yang terjadi di beberapa negara Arab, tetapi pemerintah dikritik sejak Aljazeera menerbitkan dokumen rahsia hubungan sulit dengan Israel.

9. Syria

Pemerintah Syria membatalkan rancangan penarikan subsidi yang kan membuat kos hidup tetap rendah. Presiden Bashar al-Assad berkata demikian semasa diwawancara oleh media asing, sesuatu yang jarang ia lakukan. Dalam wawancara dengan The Wall Street Journal, ia mengatakan akan melakukan reformasi dengan mengadakan pilihanraya tempatan, mengubal peraturan media yang baru, dan memberikan kebebasan lebih pada organisasi swasta. Rancangan aksi “Hari Kemarahan” yang disusun melalui Facebook pun gagal diwujudkan.

9. Sudan

Pendemo bertempur dengan polis di beberapa lokasi. Human Rights Watch menyatakan pemerintah menggunakan kekuatan yang berlebihan selama aksi aman pada 30 dan 31 Januari di Khartoum dan beberapa kota sebelah utara yang menyeru penghentian kuasa oleh Parti Kongres Nasional yang berkuasa. Aksi itu juga membantah kenaikan harga-harga barang. Dalam aksi itu, polis menggunakan paip, tongkat dan gas berasid untuk menghalau pendemo. Sejumlah pendemo ditahan, termasuk 20 orang yang hingga kini masih hilang.

10. Yaman

Pertempuran antara anti dan pro pemerintah di ibukota Yaman, Sana’a berlangsung selama tiga hari berturut-turut. Sebanyak 200 orang anti pemerintah berhadapan dengan 300 pro-pemerintah. Mereka saling melempar batu dan mengacu pisau dan belati.lintasberita
Read More >>

Strategi binatang hidup di gurun

Binatang gurun telah berkembang biak untuk mengatasi panas serta kekeringan hebat yang berada ldisekelilingnya.Permukaan gurun, suhu siang dan malam hari berubah sangat drastik. Bagaimana binatang ini mengatasi kepanasan gurun?


Unta Dromedari

Dromedari, anggota suku unta, sanggup menahan perubahan suhu tubuh yang lebih besar daripada kebanyakan binatang berdarah panas lainnya; suhu tubuhnya dapat berkisar antara 34-41 darjah C. Suhunya turun sangat drastik pada malam hari, unta tersebut tetap merasa dingin untuk jangka waktu yang lebih lama pada siang hari berikutnya. Dengan demikian, wap air yang hilang melalui perpeluhan unta hanya sedikit.

 
Kadal Gurun

Sepanjang siang hari, kadal gurun menggali lubang dengan kakinya yang berjumbai. Lubang di bawah permukaan relatif dingin. Penutup di atas mata dan lubang hidungnya menahan butir-butir pasir.










Kalajengking

Pada siang hari, beberapa kalajengking masuk ke dalam lubang agar tetap dingin dan muncul untuk berburu setelah matahari terbenam.



Celepuk Kaktus

Di barat daya Amerika Serikat, celepuk kaktus yang kecil bersarang di kaktus saguaro atau pohon gurun pada siang hari dan keluar terbang tinggi untuk berburu serangga dan larva serangga dalam lindungan kegelapan.



Rubah Fennec

Rubah fennec kecil Afrika Utara menunggu datangnya senja di bawah naungan batu. Telinga sepanjang 15 cm itu membantu mendinginkan tubuh dengan membuat permukaan luas untuk menyebarkan panas.



Jerboa

Jerboa Afrika Utara tidur di lubangnya selama siang hari. Binatang ini tidak minum air kerana dapat memproses sedikit air yang diperlukannya dari biji-bijian yang dikumpulkannya.



Tikus Kanggaru

Tikus kanggaru berekor cemeti terdapat di gurun Amerika Utara; hidupnya dalam lubang bawah tanah yang dalam. Tikus ini dapat melompat seperti kanggaru dan menggunakan ekornya untuk keseimbangan. Binatang ini menjadi giat pada malam hari ketika gurun menjadi dingin. Tikus ini tidak minum air kerana memperoleh air yang dibutuhkannya dari biji-bijian.



Adaks

Adaks adalah antelop besar Afrika Utara yang pada masa dewasa dapat mencapai berat 135 kg. Seperti penghuni gurun lainnya, termasuk beberapa jenis antelop lainnya, adaks memperoleh air dari tumbuhan. Dengan merumput pada pagi atau petang hari, antelop ini dapat hidup berminggu-minggu tanpa minum.



Kura-kura Darat


Kura-kura darat membawa air dalam cadangan di bawah cangkangnya. Reptilia sangat sesuai dengan iklim gurun. Binatang ini memperoleh sebahagian besar airnya melalui makanan dan hampir tidak melepaskan air sedikit pun melalui kulit. Seperti halnya tikus kanggaru, reptilia mampu mengeluarkan sisa makanannya dalam bentuk sangat pekat dengan cairan sedikit saja.





semoga bermanfaat.. ovalezoval
Read More >>

Kamis, 17 Februari 2011

Kisah pelaut bertaubat di Segi Tiga Bermuda

http://2.bp.blogspot.com/_mDCq2KqgYWo/TJRkdZnSXlI/AAAAAAAABfk/_UDKqMAkDLM/s1600/10.jpg

Kisah benar diceritakan dalam buku ini bertajuk - Pelaut Menemui Tuhan di Segitiga Bermuda ( Golden Trianggle ). Kisah ini amat penting untuk dipanjangkan berbanding tajuk-tajuk motivasi yang lain dalam buku ini.Bacalah...

Seorang Hamba Allah yang tidak disebutkan namanya dalam buku tersebut, cukuplah sekadar saya namakanya A sahaja. A bertugas dengan sebuah syarikat perkapalan.

Beliau berbangsa Melayu, Beragama Islam dan berasal dari Malaysia. Bapanya seorang guru agama, tetapi sejak kecil A tidak mendapat pendidikan agama akibat bersekolah di asrama penuh sehinggalah menjawat jawatan dalam syarikat perkapalan tersebut.

Beliau bertugas dan belayar keseluruh dunia dalam sesuai bidangnya menjadi pelayar profesional.
Melalui pengalaman dan pergaulan persekitarannya menyebabkan A menganut fahaman tidak mempercayai adanya Tuhan, kehidupannya tidak pernah mengamalkan ajaran agama Islam melainkan melakukan apa sahaja yang dilarang oleh Islam termasuklah kesemua jenis dosa-dosa besar, Perempuan, Zina, Arak, Judi dan apa sahaja yang dilarang oleh agama termasuklah fahaman A yang mengharamkan perkahwinan .

Baginya apa perlunya kahwin sedang wanita boleh didapati dimana-mana sahaja. Dalam mana-mana perdebatan A sering mencabar kekuasaan Tuhan dengan mengatakan Tuhan Tiada , ianya hanyalah hayalan, hanya orang bodoh dan lemah sahaja yang mempercayai adanya Tuhan .

Begitu angkuh sekali si A menyanggah akan keesaan Tuhan.
Dipendekkan cerita. Ketika kejadian ini berlaku, kapal A sedang belayar merentasi Segita Bermuda menuju ke Mexico. Dengan kehendak Allah S.W.T kapal A telah dipukul ribut ditengah Lautan Atlantik yang luas berhampiran Segita Bermuda.

Maka karamlah kapal A dengan segala isinya dan seluruh anak-anak kapal terpelanting ke laut.Termasuklah A turut serta menjadi penghuni lautan seketika itu, dengan sekelip mata sahaja, dengan tidak disangka-sangka, dengan tidak ada seorang pun menduganya, walaupun kapal A dilengkapi dengan pelbagai kecanggihan teknologi mengesan sebarang bencana. Namun kehendak Allah tidak ada sesiapa pun mampu menghalangnya..

A telah terdampar dilaut selama 13 hari dengan pelampung keselamatan yang dipakainya. Pengsan dan sedar berulang-ulang kali. Ketika A dalam keadaan sedar ditengah lautan Atlantik yang gelap gelita, dalam kepedihan dan kesakitan serta badan yang lemah dalam kesejukan.

Sekumpulan ikan-ikan jerung mengelilingi A berulang-ulang kali, ada yang menggeselkan badannya ke kaki A, mengangakan mulut kearah A, seolah-olah suatu pesta makanan yang lazat sedang dan akan dinikmati sebentar lagi.

Ketika itulah A menangis, meraung, memanggil-manggil nama Allah berulang-ulang kali, memanggil dalam esakan, dalam tangisan. A telah terlupa akan segala kesombongannya selama ini, segala dosa dan maksiat yang dilakukannya selama ini, segala keangkuhannya mengatakan Tuhan itu tiada dan tiada apa-apa kekuasaan daripadanya.

Pada saat itu tiada lagi tempat A memohon pertolongan melainkan kepada Allah, ditengah-tengah lautan yang saujana mata memandang, sejuk, panas dan gelap gelita, A tiada tempat untuk memohon pertolongan, melainkan memanggil-manggil nama Allah beribu-ribu kali.

Akhirnya A teringat beberapa potong ayat al-Quran lalu membacanya. Disaat genting berada diambang maut antara laut dan kerakusan jerung ganas, A membaca beberapa potong ayat al-Quran. seterusnya A pengsan.

Sesedarnya A, ia telah berada di hospital Reo de Jenerio Brazil . A telah diselamatkan oleh nelayan Brazil. Ketika di hospital A menjadi trauma dengan menghempas-hempaskan badannya, meraung-raung menyebut-nyebut nama Allah, Allah, Allah....

Begitulah hebatnya kebesaran dan kekuasaan Allah, walaupun jerung sudah mengangakan mulutnya untuk menelan A. Walaupun 13 hari terapung dilaut yang ganas berpayungkan langit, kepanasan dan kesejukan, namun kekuasaan Allah meliputi segala-galanya.Ajal dan maut adalah ditangan Tuhan.

Akhirnya A insaf diatas segala perbuatannya dan sekarang menuntut di perguruan pondok mendalami ilmu Islam, bertaubat dan melaksanakan segala amalan-amalan ajaran agama dengan sepenuhnya.

A telah bertaubat, insaf dan menyesal, bahawa pada saat-saat diantara hidup dan mati seperti itu, tiadalah lagi sebarang kehebatan dan kesombongan manusia. Hanyalah Allah yang akan menjadi tempat mengadu dan memohon pertolongan. Rupa-rupanya Allah juga masih tetap sayangkannya .

Beliau telah diselamatkan oleh jerung dan lautan, beliau telah diselamatkan dari kehidupan noda dan dosa dan kini melalui kehidupan insan yang sebenar, beribadat, bertaubat dan taatkan segala perintah Allah. shvoong
Read More >>

Bukti-bukti kajian Bahtera Nabi Nuh di atas Gunung Arafat, Turki

Umat Nabi Nuh A.S yang ditenggelamkan oleh Allah SWT kerana kedurhakaannya seperti diceritakan dalam Al-Qur’an. Bahtera Nabi Nuh A.S dikatakan sudah ditemui melalui bukti-bukti yang dibuat secara ilmiah.

Sejak tahun 1949, sudah ditemui lokasinya dan kemudian dilakukan penggalian oleh penelitian pasukan antropologi yang diketuai oleh Prof. Ron Wyatt di Turki sejak tahun 1977. Ini adalah sebagian foto-fotonya. ENJOY IT!! (Moef)
______________________________
1. Awal Penemuan

Pemerhatian awal oleh Angkatan Udara AS pada tahun 1949 tentang adanya benda aneh di atas Gunung Ararat-Turki, dengan ketinggian 14.000 feet (sekitar 4.600 meter).

Kemudian, pada awal tahun 1960, berita dalam Life Magazine: Pesawat Tentara Nasional Turki telah mengambil gambar sebuah benda mirip perahu di puncak gunung Ararat yang panjangnya 500 kaki (150 meter) yang dipercayai perahu Nabi Nuh AS (The Noah’s Ark)

 
2. Gambar foto tahun 1999-2000

Pemerhatian oleh Penerbangan AS IKONOS tahun 1999-2000 tentang kemungkinan adanya perahu di Gunung Ararat yang ditutupi salji.


3. Peta Lokasi Perahu Nabi Nuh





6. Pengukuran di Atas Perahu


7. Struktur Perahu menurut para arkeologi yang menemuinya

picture3.jpg

8. Bentuk Perahu Nabi Nuh AS

The Real Noah’s Ark!
Top Points to Consider

14 perkara penting dari pelbagai sumber tentang Perahu Nabi Nuh:!!
  1. It is in the shape of a boat, with a pointed bow and rounded stern. Bentuknya adalah perahu dengan deknya berbentuk bundar/melingkar.
  2. Exact length as noted in biblical description, 515 feet or 300 Egyptian cubits. (Egyptian not Hebrew cubit would have been known to Moses who studied in Egypt then wrote Genesis.) Panjangnya seperti dinyatakan Bible adalah 515 feet atau 300 cubit Mesir [± 160 meter.
  3. It rests on a mountain in Eastern Turkey, matching the biblical account, “The ark rested . . . upon the mountains of Ararat” Genesis 8:4. (Ararat being the name of the ancient country Urartu which covered this region.) Perahu ini terdampar di Timur Turki, sama dengan pernyataan Bible, “Perahu itu terdampar … di atas pegunungan Ararat” (Genesis 8:4). (Ararat adalah sebutan untuk negara kuno Urartu yang meliputi wilayah ini.
  4. Contains petrified wood, as proven by lab analysis. Dari pengkajian laboratotirum, perahu itu adalah kayu yang sudah keras membatu.
  5. Contains high-tech metal alloy fittings, as proven by separate lab analyses paid for by Ron Wyatt, then performed later by Kevin Fisher of this web site. Aluminum metal and titanium metal was found in the fittings which are MAN-MADE metals! Dari beberapa kajian berasingan, bahannya mengandung logam yang sangat kuat dan berteknologi tinggi. Logam alumunium dan titanium ditemui bersepadu yang dibuat tangan manusia.
  6. Vertical rib timbers on its sides, comprising the skeletal superstructure of a boat. Regular patterns of horizontal and vertical deck support beams are also seen on the deck of the ark. Bingkai timah vertikal pada sisi-sisinya menunjukkan kerangka struktur perahu yang canggih. Pola-pola yang sama pada dek horisontal dan vertikal yang memperkuat balok-balok tiang juga dapat diperhatikan di atas dek perahu.
  7. Occupied ancient village at the ark site at 6,500 ft. elevation matching Flavius Josephus’ statement “Its remains are shown there by the inhabitants to this day.” Lokasi perahu itu menutupi sebuah desa kuno di ketinggian 6.500 kaki (2275 meter).
  8. Dr. Bill Shea, archaeologist found an ancient pottery sherd within 20 yards of the ark which has a carving on it that depicts a bird, a fish, and a man with a hammer wearing a headdress that has the name “Noah” on it. In ancient times these items were created by the locals in the village to sell to visitors of the ark. The ark was a tourist attraction in ancient times and today. Dr. Bill Shea, seorang antropologi, menemui pecahan-pecahan tembikar sekitar 18 meter dari perahu yang memiliki ukiran2 burung, ikan, dan orang memegang palu dengan memakai hiasan kepala yang bertuliskan “Nuh.” Pada zaman kuno, barang-barang tersebut dibuat oleh penduduk tempatan di desa itu untuk dijual kepada para pengunjung perahu. Sejak zaman kuno hingga sekarang, perahu tersebut telah menjadi lokasi pengunjung.
  9. Recognized by Turkish Government as Noah’s Ark National Park and a National Treasure. Official notice of its discovery appeared in the largest Turkish newspaper in 1987. Sekarang ini lokasi itu dijadikan Taman Nasional Perahu Nabi Nuh dan Warisan Nasional. Pejabat tempatan menyebutkan berita liputan penemuan perahu tersebut muncul dalam akhbar terbesar Turki pada tahun 1987.
  10. Visitors’ center built by the government to accommodate tourists further confirms the importance of the site. Gedung Pusat Pelancongan dibangun oleh Pemerintah untuk mengakomodasi para pelancong agar mengetahui pentingnya lokasi tersebut.
  11. 11. Huge anchor stones were found near the ark and in the village Kazan, 15 miles away, which hung off the rear of the ark to steady its ride. Jangkar batu besar ditemukan dekat perahu di Desa Kazan, berjarak 15 mile (24 meter) yang menggantung di bahagian belakang perahu untuk mengukuhkan tumpangan.
  12. 12. The ark rests upon Cesnakidag (or Cudi Dagi) Mountain, which is translated as “Doomsday” Mountain. Perahu terletak di atas Gunung Cesnakidag yang dikenali sebagai “Gunung Kiamat.”
  13. Dr. Salih Bayraktutan of Ataturk University stated, “It is a man made structure, and for sure it’s Noah’s Ark” Common Sense. This same article also states “The site is immediately below the mountain of Al Judi, named in the Qur’an as the resting place of the Ark.” Houd Sura 11:44. Dr. Salih Bayraktutan dari Universitas Ataturk menyatakan “ Perahu ini adalah strukur yang dibuat manusia dan kerananya yakin ini adalah Perahu Nabi Nuh.” Artikel itu juga menyatakan, “Lokasinya di Gunung Judi yang disebut dalam Al-Qur’an sebagai tempat pendaratan bahtera.” Surat Hud ayat 44.
  14. Radar scans show a regular pattern of timbers inside the ark formation, revealing keels, keelsons, gunnels, bulkheads, animal chambers, ramp system, door in right front, two large barrels in the front 14′ x 24′, and an open center area for air flow to all three levels. Scan radar menunjukkan pola timah yang tetap di dalam formasi perahu, ada balok-balok kayu besar di dasar perahu, dinding pemisah, kandang-kandang binatang, sistem lorong-lorong jalan dalam perahu, pintu bahagian depan, dua tong besar berukuran 14’x24’, dan sebuah pusat area terbuka untuk sirkulasi udara untuk tiga tingkat ruangan dalam perahu.moeflich
Read More >>