Sabtu, 29 Agustus 2009

Tulahan : Pengkisahan Sejarah Kemerdekaan

Salam,

Kemerdekaan negara akan disambut 31 Ogos ini. Kali ini tak semeriah tahun2 sebelum ini. Mungkin kerana H1N1. Tak ramai yang naikkan jalur gemilang. Bukan tak patriotik tapi dok rasa kalau naikkan bendera macam sokong kerajaan B1N1.

Beberapa tahun dulu, penulis ada cipta pengkisahan sejarah kemerdekaan versi penulis. Penulis paparkan dalam blog ini untuk tatapan bersama.

Pengkisahan Sejarah Kemerdekaan ini boleh dibaca di majlis-majlis rasmi kemerdekaan di sekolah, IPTdan Pejabat Kerajaan. Bacalah dengan intonasi suara yang bersemangat

24 Ogos 1511 - Setelah hampir 2 minggu mempertahankan bumi Melaka, akhirnya Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka, kerajaan Melayu terulung di nusantara jatuh ke tangan Benggali Putih berbangsa EropahPortugis.

Raja Ahmad putera Sultan Mahmud Syah gugur bersama beribu-ribu pejuang Melaka di medan berdarah.

Perjuangan mendapatkan semula Melaka bermula setelah kejatuhan Melaka. Sultan Mahmud Syah memimpin perjuangan mendapatkan kembali Melaka, namun A Famosa menjadi penghalang kemerdekaan Melaka.

1641 - Setelah lebih 100 tahun bertapak di Melaka, akhirnya runtuh juga Kota Melaka, namun kemerdekaan Melaka masih tak tercapai jua kerana Belanda pula menjadi penguasa. Perjuangan memerdekakan Melaka terus menyala. Raja Ali Haji memimpin perjuangan suci merebut Melaka dari Belanda.

1784 - Peristiwa sedih di Teluk Ketapang, Melaka. Raja Ali Haji terkorban bersama pengikutnya di tangan Belanda. Melaka tetap belum merdeka.

1824 - Perjanjian Inggeris-Belanda, bumi Melaka ternoda lagi, bangsa Eropah membahagi Gugusan Kepulauan Melayu, satu untuk engkau, satu untuk aku. Begitu mudah sekali seolah-olah Kepulauan Melayu kepunyaan datuk nenek mereka. Inilah padah kuasa di tangan penjajah. Mereka memecahkan peta rumpun Melayu nusantara.

Setelah Sultan Abdullah, Sultan Kedah ditipu dan dihina Francis Light untuk mengambil Pulau Pinang pada 1786, kemudian Sultan Husein, Sultan Johor diperdaya Stamford Raffles untuk mengambil Singapura pada 1819, kini bangsa Inggeris mendapat habuan Melaka dari perjanjian ciptaan mereka, adilkah?.


1874 - Kekayaan bahan mentah membuka mata penjajah. Bijih timah dan minyak adalah kekayaan tidak terkira nilainya. Inggeris mula mencipta alasan campurtangan di negeri-negeri Melayu, seumpama Amerika mencipta alasan untuk menyerang Iraq.

Bermula dengan Perjanjian Pangkor pada 1874 hingga 1895. Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang menjadi mangsa kerakusan Inggeris untuk menjadi kaya.

Bermula dari Perjanjian Burney pada 1826 hingga Perjanjian Bangkok pada 1909, Siam diugut dan menjadi mangsa tipu helah Inggeris mendapatkan negeri-negeri bunga emas Siam. Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu dipaksa tunduk kepada Inggeris.

1914 - Hanya Johor kekal merdeka. Inggeris kehilangan alasan, ketiadaan punca. Paduka Sultan Ibrahim mula diperdaya menyingkirkan Dato’ Abd Rahman Andak, penghalang utama Inggeris berkuasa diJohor. Johor negeri terakhir ditakluk Inggeris.

Sejak pengambilan Pulau Pinang pada1786 hinggalah Johor pada 1914, semangat mendapatkan kemerdekaan terus membara di hati orang-orang Melayu.

Mereka sanggup mati, sanggup dipenjara, sanggup diseksa dan sanggup dibuang negeri, namun undur tidak sekali. Lawan tetap lawan, perjuangan tetap diteruskan.

Dato’Maharajalela dan Dato’ Sagor mati di tali gantung Inggeris di Matang, Perak.

Tok Janggut dibunuh dengan buluh runcing. Mayatnya diseksa, diarak dengan kaki ke atas dan kepala ke bawah mengelilingi Pasir Putih, Kelantan.

Haji Abdul Rahman Limbong, 'Peguambela' rakyat Terengganu yang ditindas, dibuang negeri ke Mekah.

Dato’ Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau diburu Inggeris dari Pahang sehingga ke Patani, Siam dan terpaksa menetap di sana.

Mereka ini adalah pejuang agama, pejuang bangsa dan pejuang tanahair. Mereka juga tokoh kemerdekaan. Namun darah mereka yang mengalir masih belum mampu membebaskan negeri-negeri Melayu dari belenggu penjajah.

Awal kurun ke–20 - Kesedaran untuk mendapatkan kemerdekaan dicetus kembali. Syed Sheikh Al-Hadi, Sheikh Tahir Jalaluddin dan Haji Abas Taha lulusan Al-Azhar, Mesir mencetuskan idea pembaharuan Islam melalui Kaum Muda.

Dari Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) lahir Ibrahim Haji Yaakub, pengasas Kesatuan Melayu Muda (KMM). Tuntutan kemerdekaan yang berani menjadi sebab Ibrahim Haji Yaakub dipenjara Inggeris Oktober1941, tetapi dibebaskan bila Jepun menjajah Tanah Melayu.

Desakan dan tuntutan janji kemerdekaan dari Jepun oleh Ibrahim Haji Yaakub menyebabkan Jepun mengotakan janji mereka.

Ibrahim Haji Yaakub bersama Sukarno dari Indonesia ke Jepun bagi merundingkan kemerdekaan bersama Indonesia dan Tanah Melayu dengan nama Negara Melayu Raya.

Sukarno pulang dan mengisytiharkan kemerdekaan oleh Jepun. Kemerdekaan sudah hampir kepada Tanah Melayu, namun bom atom Amerika ke atas Nagasaki dan Hiroshima memusnahkan segalanya. Ibrahim Haji Yaakub tidak sempat mengisytiharkan kemerdekaan Tanah Melayu.

1946 - Malayan Union diperkenalkan. Peluang Dato’ Onn mencetuskan kebangkitan orang-orang Melayu. Kongres Melayu SeMalaya mengumpulkan semua persatuan Melayu melahirkan umno. Tentangan orang-orang Melayu menguburkan Malayan Union.

April 1947 - PUTERA pimpinan Dr. Burhanuddin Helmi dan AMCJA pimpinan Tan Cheng Lock gabungan parti-parti politik Melayu dan Cina mengemukakan Perlembagaan Rakyat bagi mengantikan Malayan Union tetapi ditolak Inggeris kerana menjejaskan kepentingan Inggeris di Tanah Melayu.

Jun 1948 - Pengisytiharan darurat. Inggeris menggunakan kesempatan ini untuk menangkap pemimpin Melayu yang tidak disenangi Inggeris

Dr. Burhanuddin Helmi, Ishak HajiMuhammad (Pak Sako), Ahmad Boestamam, Ust. Abu Bakar al-Baqir dan ramai lagi disumbat ke penjara di bawah undang-undang kejam Inggeris.

Kini hanya umno satu-satunya parti Melayu menjadi tempat pergantunggan orang-orang Melayu selepas banyak parti yang mendapat sokongan terbesar orang Melayu seperti PKMM, AWAS, API dan Hizbul Muslimin diharamkan dan ramai pemimpin Melayu ditangkap.

1955 - Pilihanraya umum pertama di Tanah Melayu, Perikatan gabungan umno, MCA dan MIC menang besar dalam pilihanraya ini.

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pengganti Dato’ Onn yang meletak jawatan, memimpin umno dan menjadi Ketua Menteri Tanah Melayu.

1 Jun 1956 - Tunku dan rombongan merdeka berangkat ke London dari Singapura menaiki kapal hingga Karachi dan kemudiannya menaiki kapal terbang ke London.

8 Feb 1957 - Tuntutan kemerdekaan dipersetujui dan ditandatangani di Lancester House, London antara Tunku dan Menteri Tanah Jajahan Inggeris, Alan Lennox Boyd, bagi pihak Inggeris. Suruhanjaya Reid merangka perlembagaan baru dibentuk.

21 Feb 1957 - Rombongan Tunku tiba di Padang Merdeka, Melaka dengan disambut puluhan ribu rakyat yang menunggu pengumumuman tarikh kemerdekaan Tanah Melayu.

9 Mei 1957 - Tunku sekali lagi pergi ke London untuk meneliti persiapan akhir kemerdekaan.

31 Ogos 1957 - 12.01 dinihari di Padang Kelab Selangor bangunan Sultan Abdul Samad, bendera Inggeris Union Jack diturunkan buat kali terakhir dan diganti dengan bendera Persekutuan Tanah Melayu disaksikan ribuan penduduk.

8.00 pagi di Stadium Merdeka. Tunku sebagai Perdana Menteri Malaya di hadapan wakil Ratu Elezabeth, Duke Of Glouster, Pesuruhjaya Tinggi Inggeris terakhir Donald Mac Gillivray, raja-raja Melayu dan orang kenamaan serta puluhan ribu rakyat mengisytiharkan Kemerdekaan Tanah Melayu yang berdaulat.

31 OGOS 1957
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!MERDEKA! MERDEKA!
Wasalam.
Read More >>

Jumat, 14 Agustus 2009

Tulahan : Terkenang gas ammonia

Salam,


Dua hari lepas ada tragedi kebocoran gas ammonia yang meragut enam nyawa di kilang memproses ikan di Tanjung karang . Gas ammonia di kilang ini digunakan sebagai agen penyejukan.

Penulis teringat apa yang berlaku kepada penulis dan lima orang kawan penulis yang juga terhidu gas ammonia semasa bekerja di kilang baja ccm, Shah Alam.

Masa tu, lepas SPM tengah tunggu keputusan. Penulis pi rumah kakak di Kg. Rimba Jaya, Klang untuk kerja sementara tunggu keputusan SPM . Kg. Rimba Jaya sekarang dah tak da. Kerajaan zalim Khir Toyo dah roboh rumah setingan di sana. Abang Ipar penulis juga kena belasah dengan FRU dan ditahan di balai kerana mempertahankan kampung itu.

Mula2 penulis kerja di kilang buat exzos kereta. Lepas tu, ada jiran kakak tolong bagi kerja kantin kat kilang ccm. Kerja kat kantin tak lama, jumpa kawan sekolah Shahrolnizam Nor sekarang dah jadi pelakon. Dia ajak kerja dengan dia sebagai buruh kontrak di kilang ccm.

Penulis pun berhenti kerja kantin, kerja pula sebagai buruh kontrak. Tapi bukan kontrak buat bangunan. Ada enam orang lepasan SPM termasuk penulis, kerjanya ikut juruteknik kilang perbaik mesin kilang. Jadi pembantu juruteknik la.


Dua hari kerja ikut juruteknik tapi hari ketiga, penulis dan seorang kawan lagi disuruh buat kerja bubuh gris di mesin. Kerjanya masukkan gris dalam pam( macam pam basikal) kemudian pergi ke semua mesin untuk masukkan gris di skru mesin yang berpusing.

Hari-hari masuk kilang dari tingkat atas sampai tingkat bawah. Tingkat atas tak berasa panas sangat, tapi bila sampai tingkat bawah berpeluh la panasnya. Jumpa skru, pam gris itulah kerja hari2. Hafal dah dimana skru setiap mesin.

Dalam kilang tempat mesin ini tak da orang, bukan macam kilang elektronik. Mesin jalan, kalau rosak juruteknik perbaik. Jadi, memang penulis dan kawan sahaja dalam kilang semasa pam gris.

Masa kerja pakai penutup mulut sebab debu habuk baja banyak. Tapi tak fikir pasal gas ammonia kerana dok rasa bau baja hari2. Penulis tak da masalah dengan bau baja kerana dah biasa dok bubuh baja pisang dan baja getah di kampung.

Sampailah pada satu hari, penulis masa tu dah di luar kilang, masa rehat lepak dengan kawan2. Penulis dengar ramai orang menjerit suruh lari. Kawasan penulis dan kawan2 lepak ada gas bocor. Penulis dan kawan2 lari ke kawasan lapang.

Masa lari tu, penulis hidu bau gas menyengit hidung. Terus tutup hidung, lari sampai dah tak rasa bau lagi. Hari itu baru penulis tahu bahayanya gas ammonia. Syukurlah penulis dah diluar kilang semasa gas tu bocor dan kebetulan tak da orang dalam kilang semasa gas bocor.

Walaupun terhidu sikit, penulis dan kawan2 kena tahan di hospital. Terpaksa tidur di hospital semalam, doktor takut ada kesan sampingan. Tu la pertama kali, tidur di hospital.

Dok di hospital kira rehatlah. Ada kawan bawa walkman, dengar lagu top masa tu 'Sentuhan Kecundang' Ekamatra dan 'Mustika' M. Nasir.

Esoknya, keluarlah berita akhbar gas bocor di kilang ccm. Tajuknya " enam hidu gas dimasukkan ke hospital", ada ditulis nama penulis dan kawan2.

Jadi bila terdengar berita kebocoran gas ammonia, penulis dapat rasakan bahaya gas ini. Penulis dan kawan2 terhidu sikit sahaja dah rasa tak boleh nak bernafas. Kalau banyak mautlah jawabnya.

Kesan gas pemedih mata FRU, memedihkan mata. Kesan air asid FRU, gatal2 badan. Tapi kesan gas ammonia, menyelinap dalam ruang pernafasan boleh mati di situ juga.

Wasalam.


Read More >>

Selasa, 11 Agustus 2009

Tulahan : PRK Permatang Pasir - Kenapa bukan Shamsul Kamal

Salam,


Jumaat ini akan diumumkan calon jamaah bagi Prk Permatang Pasir. Ada lima calon yang disebut-sebut akan terpilih. Abang Mat, Ust. Salleh Man, Rosidi Husin, Ust. Yusni Mat Piah dan Shamsul Kamal Shapie.

Pemilihan calon yang sesuai cukup penting kerana Permatang Pasir adalah satu-satunya kerusi yang diwakili jamaah di Pulau Pinang. Tak sama macam Manek Urai di Kelantan. Siapakah calon yang bakal dipilih?

Calon paling popular tentulah Abang Mat. Walaupun ramai juga yang bagi alasan Abang Mat hanya sesuai bertanding Parlimen. Namun, apa salahnya Abang Mat bertanding kerusi DUN?. Presiden jamaah juga ADUN. Ketua Menteri PP tentu setuju kawan baiknya jadi calon.

Walau apa pun, dah dua kali Prk Abang Mat jadi calon popular di Kuala Terengganu dan Bukit Gantang. Tapi bila isytihar calon, orang lain yang naik. Kalau bukan Abang Mat, siapa lagi yang layak?.

Ust. Salleh Man Pesuruhjaya PP, orang lama dalam perjuangan. Dah lama duduk dalam badan perhubungan PP. Namun, penulis harap beliau tak terpilih supaya dapat menumpukan perhatian kepada jamaah di PP yang baru dipimpinnya.


Roshidi Husin baru dilantik Timbalan Pesuruhjaya III PP. Seorang peguam yang pernah menjadi Penolong Setiausaha Persatuan Ulama Malaysia Caw. PP. Penulis kenal dia semasa penulis aktif di PP. Beliau sezaman dengan Bekas Adun Titi Serong Peguam Ahmad Azhar Sharin.

Penulis juga harap dia tak terpilih agar dapat menumpukan perhatian di Kepala Batas. Persiapkan dan gerakkan jentera di Kepala Batas supaya bila PRU ke 13, kerusi Parlimen Kepala Batas boleh dikuasai.

Beliau paling layak bertanding di Parlimen Kepala Batas berhadapan dengan calon BN penganti Pak Lah. Jangan terlalu bergantung hanya pada kerusi Permatang Pasir, kerusi lain di PP juga perlu ditawan. Barulah suara jamaah didengar dalam Pakatan.

Calon seterusnya, Ust. Yusni Mat Piah Ketua Pemuda PP yang baru. Penulis tak kenal dan tak pernah dengar namanya semasa aktif di PP. Penulis kurang berkenan kepada calon ini, kerana masih dibayangi bekas Ketua Pemuda Hafiz Nodin.

Dulu suaranya senada dengan Hafiz. Sekarang kalau masih senada beratlah. Baru2 ini Hafiz buat hal lagi, siap buat kenyataan akhbar suruh jamaah di PP keluar Pakatan. Kalau pemimpin sebegini terpilih, pening Pemimpin Pakatan di PP.

Penulis lebih setuju jika Shamsul Kamal Shapie Pegawai Khas kepada ADUN Permatang Pasir dipilih sebagai calon jamaah. Penulis kenal Shamsul semasa aktif di PP sekitar tahun 1998. Bukan kenal rapat tapi kenal kerana beliaulah 'arkitek' yang mengatur strategi kemenangan jamaah di DUN Permatang Pasir PRU 1999.

Kemenangan di DUN Permatang Pasir selama tiga penggal bukan saja2 boleh menang. Strategi dan gerak kerja untuk mencapai kemenangan dibuat oleh Shamsul dengan kerjasama jamaah termasuk di sebelah pulau.

Kalau ada yang kata Shamsul kurang dikenali, silaplah orang itu. Ya, beliau tidak dikenali di luar. Namun, pengundi di Permatang Pasir cukup kenal dengannya. Beliaulah yang aktif mengatur gerak kerja pejabat DUN Permatang Pasir sehinggakan rakyat puas hati dengan perkhidmatan wakil rakyat.

Itulah antara punca, rakyat masih memilih jamaah walaupun semasa zaman kemerosotan jamaah dalam PRU 2004.

Beliau betul2 melaksanakan tugas pegawai khas dengan penuh tanggungjawab. Pegawai kerajaan di MPSP, JKR, JPS dan lain2 kenal dengannya. Beliaulah yang membawa masalah rakyat kepada jabatan kerajaan ini.

Mungkin ada yang kata, pendidikannya tak tinggi. Penulis kurang pasti dengan tahap akademiknya. Namun, tahap akademik bukanlah faktor utama kemenangan calon dalam pilihanraya. Abe Uji tetap dipilih rakyat di Manek Urai walaupun tahap akademik rendah.

Ada juga yang bagi alasan Shamsul kurang boleh berpidato. Kemahiran bercakap boleh digilap dan penulis yakin Shamsul yang sudah lama bergaul dengan rakyat tidak kekok berpidato. Berilah beliau peluang, beliau akan mampu melakukannya.

Penulis bukan nak berkempen untuk Shamsul tapi cuma memberi pandangan peribadi. Lagi pun jamaah sudah membuat keputusan dan akan diumumkan Jumaat ini. Penulis harap jika Shamsul tidak terpilih dalam Prk ini, beliau akan dipilih jamaah dalam PRU ke 13.

Siapa pun calon pilihan jamaah tetap akan disokong, yang penting UBN wajib ditumbangkan.

Selamat berjuang.

Wassalam



Read More >>