Selasa, 30 Juni 2009

Tulahan : Biar perangai buruk asalkan sama cita rasa

Salam,

Bila baca motivasi dari Abang Mat Sabu, rasa bersyukur kerana pimpinan tertinggi jamaah masih berpesan yang baik kepada pemerintah atau pemimpin umat Islam.

Jangan ingat Abang Mat berpesan kepada pemimpin umno sahaja tetapi juga kepada pemimpin jamaah yang memegang kuasa dan juga wakil rakyat jamaah yang telah dipilih oleh rakyat.

Pesan Abang Mat :

Janganlah berdolak dalik, wahai pemerintah-pemerintah negeri dan negara umat Islam.
Dengan memakai imej Islam - kamu menzalimi rakyat
Dengan memakai imej Islam - kamu hidup bermewah dengan habuan dari keringat rakyat.
Dengan memakai imej Islam - kamu menimbun kekayaan.
Dengan memakai imej Islam - kamu bermegah-megah dengan pangkat dan darjat.
Dengan memakai imej Islam - kamu hilang pedoman, apa sebenarnya hala tuju kehidupan kamu dalam membimbing rakyat.
Oleh itu, renunglah dengan penuh mendalam.......
Apakah benar, kamu memerintah dengan Islam yang diajar Muhammad saw?
Atau kamu wahai pemerintah negeri dan negara umat Islam telah mengubah agama
Muhammad yang suci itu kepada satu ajaran baru yang mengikut nafsu dan keinginan kamu sendiri.
Muhammad saw hidup sederhana ketika berjuang di Mekah tanpa pemerintahan dan hidup lebih sederhana, sehingga mengorek walaupun sebutir kurma dari mulut Hassan kerana kurma itu adalah sedekah orang yang tidak dibenarkan keluarga nabi menerimanya.
Untuk apa semua itu dilakukan? Ia adalah untuk mengelak dan mengajar supaya pemimpin umat Islam tidak menerima sebarang bentuk habuan dunia yang akhirnya akan menindas rakyat yang diperintahnya............kerana rakyat sering memberikan sesuatu kepada pemimpinnya, dengan berbagai alasan dan hasrat. Berwaspadalah.............

Itu pesan Abang Mat, kita sebagai ahli jamaah cuba perhatikan pemimpin jamaah yang jadi pemimpin kerajaan dan wakil rakyat. Ada tidak yang berperangai macam tu?. Kalau ada, apa kita nak buat dengan pemimpin macam ni?.


Jawapannya, nasihat dan beri teguran supaya dia berubah. Tetapi jika tak mahu dengar nasihat, tak boleh ditegur, ego, sombong, megah diri, rasa dah besar. Apa kita nak buat?.

Jawapannya, serah kepada jamaah yang tentukan. Yang penting, ahli jamaah sepatutnya mempunyai pendirian yang sama macam Abang Mat. Apa yang penulis kesalkan, masih ada ahli jamaah yang masih mempertahankan pemimpin yang berperangai buruk ini.

Dulu kita yang marahkan ahli umno yang pertahankan pemimpin umno berperangai buruk. Sampai masa berlaku kepada pemimpin kita perkara yang sama, kita pula pertahankan pemimpin kita.

Penulis cukup risau jika pemikiran ahli umno ini sudah mula meresap dalam pemikiran ahli jamaah. Kita buangkan prinsip perjuangan demi kerana seorang pemimpin berperangai buruk tapi sama cita rasa dengan kita.

Dimanakah tarbiyyah yang kita terima? Ataupun, inikah tahap tarbiyyah ahli jamaah?

Wassalam


Read More >>

Kamis, 18 Juni 2009

Tulahan : Kata dah tak relevan, tapi pimpinan masih bercakap

Salam,


Semalam satu Malaysia heboh TGNA marahkan Ust. Nasha kerana bahana UG. Ramai yang terkejut, sampai tahap tu marahnya Mursyidul Am. Ada yang kata tak patut, ada yang terkedu jadinya.

Jika dibaca dan difahami dari penjelasan Presiden TGHH berkenaan UG, sepatutnya isu ini dah selesai. TGHH kata UG dah tak relevan zaman Najib. Jadi apasal bising-bising lagi.

Kalau ikut ahli-ahli memang ramai yang berhenti bercakap isu UG ini sebab mereka pun tak berapa nak faham. Masalahnya, masih ada pimpinan tertinggi yang masih bercakap pasai UG ini.

Bila media tanya, pimpinan-pimpinan ini berselindung dengan berkata, " PAS terbuka, boleh berbincang dengan sesiapa sahaja".

Semasa Muktamar, Ketua Ulama tak jawab persoalan dalam perbahasan. Pembahas tak setuju bergabung dengan umno. Ketua Ulama jawab, kalau tak berdakwah dengan orang umno macam mana mereka nak menyokong PAS.


Tak ada pun dalam ucapan dasar Presiden perkara tentang UG ini. Pembahas dan perwakilan pun tak sentuh banyak pasai UG. Kalau ada pimpinan tertinggi teringin dengan UG, kenapa tak masukkan perkara berkaitan UG ini dalam ucapan dasar.

Masa itu baru kita tahu pembahas dan perwakilan setuju atau tidak dengan UG. Tapi bila muktamar selesai, berbunyi pula dari pimpinan tertinggi tentang UG.

Bila ramai ahli marah tak setuju dengan UG, penyokong UG ini berkata, perwakilan dah bagi mandat kepada pimpinan tertinggi sebab itu mereka terpilih semasa pemilihan. Ahli kena wala' kepada pimpinan.

Sebelum muktamar, bising untuk pertahankan ulama sebagai pemimpin. Tak sebut pasal UG. Perwakilan hanya mahu kepimpinan ulama, bukan UG. Selesai pemilihan lain pula jadinya.

Jangan salahkan TGNA bila dia marah. Penulis yakin TGNA tahu cerita yang penulis dan ramai ahli jamaah tak tahu. Kalau kita tahu apa yang TGNA tahu, kita pun akan marah.

Bukan TGNA sahaja yang terpaksa menjawab dan melayan ahli yang datang bertanya serta mengadu tentang UG. Penulis yakin pimpinan jamaah seluruh negara terpaksa mencari jawapan akibat pertanyaan bertalu-talu dari ahli dan rakyat.

Kami di Parit Buntar juga terpaksa melayan soalan-soalan tentang UG, yang kami sendiri tak berapa nak faham.

En. Hamdan Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional terpaksa menutup handphone kerana tak tahan nak menjawab soalan orang Cina dan India yang menjadi ahli Kelab Penyokong.

Kata En. Hamdan, sampai bila dia nak jawab " semua itu mainan media ". Orang Cina akan jawab balik " tapi itu Nashaludin sendiri cakap dalam tv, Nik Ajis punya cakap, pelibadi ooo.bukan PAS punya cakap".

Kami di Parit Buntar sejak 1999 buat kerja masuk dalam komuniti Cina untuk perkenalkan PAS. Dah berpuluh biji bas kami bawa orang Cina ke Kelantan untuk buka minda orang Cina. Orang Cina di Kuala Kurau dan Tanjung Piandang dah tak takut dengan PAS.

Sebelum pilihanraya ke 12, satu bas orang Cina pi jumpa Ust. Nasha bagi memorandum minta calon PAS bertanding di DUN Kuala Kurau. Tapi PAS Perak tetap beri kepada PKR.

Orang Cina tunjuk protes, buktinya majoriti calon PKR hanya 400 tapi majoriti calon PAS Parlimen di DUN Kuala Kurau lebih 4000.

Baru-baru ini, Kelab Penyokong PAS Parit Buntar tolong bawa dua bas orang Cina dari Kuala Sepetang, Bukit Gantang ke Kelantan. Pi rumah TGNA, jumpa TGNA , pi tokong budha besar, jumpa orang Cina Kelantan. Akhirnya, rombongan orang Cina Kuala Sepetang ni kata " Itu MCA, banyak tipu ooo".

Apabila timbul isu UG, bukan sahaja TGNA risau, semua ahli jamaah risau. Risau dah banyak kerja dibuat, dah banyak program disusun untuk yakinkan orang bukan Islam kepada PAS. Namun, sekelip mata keyakinan ini akan berubah dengan isu UG ini.

Harapan penulis, Jika TGHH kata UG dah tak relevan zaman Najib. Jangan bercakap lagi mengenainya.

Wasalam

Read More >>

Selasa, 02 Juni 2009

Tulahan : Tulahan berkempen untuk Mat Sabu ?

Salam,
[husamnasarudinmatsabu.png]

Apabila melayari dari blog ke blog, isu utama yang dikupas berkaitan pemilihan Timbalan Presiden PAS di antara tiga tokoh disegani, dihormati dan disayangi oleh ahli PAS iaitu Ust. Nasha, Dato' Husam dan Abang Mat.

Setiap penulis blog mempunyai pendirian secara jelas atau terselindung menyokong salah seorang dari tokoh-tokoh ini. Dato' Husam antara tokoh yang paling ramai disokong oleh blogger, diikuti oleh Ust. Nasha. 

Penulis tak mahu nak bagi tahu blogger yang dimaksudkan, kunjungilah sendiri blog mereka. Ada juga blogger umno yang turut sama berkempen untuk burukkan salah seorang tokoh ini, entah pasai apa tak tahu.

Cuma penulis nak ulas berkaitan blogger yang menyokong Abang Mat kerana blog penulis ini mendapat tempiasnya. Ada yang kata, blog penulis ini berkempen untuk Abang Mat kerana banyak tulisan penulis dikatakan menghentam ulama dan profesional.

Tulisan penulis juga dikatakan sama pendiriannya dengan Abang Mat yang paling kuat menentang rasuah dikalangan pemimpin.


Penulis tak sangka, sampai tahap tu sangkaan mereka. Mungkin tak ramai blogger yang menyokong Abang Mat, maka dicari-cari jumpa blog penulis yang tak pun popular ini. Setahu penulis ada seorang blogger yang aktif menyokong Abang Mat. Blogger ini juga dari Parit Buntar.

Penulis cuma nak nafikan bahawa penulis berkempen untuk sapa2. Penulis hanya berkempen untuk jatuhkan pemimpin yang tak layak jadi pemimpin. Bacalah betul2 semua tulisan penulis. 

Penulis juga berharap blogger yang menyokong mana2 tokoh ini supaya mengelakkan tulisan yang berunsur fitnah.

Satu lagi, tak semestinya tokoh yang paling ramai disokong blogger akan menang dan tak semestinya tokoh yang diburukkan akan kalah. Mungkin juga tokoh yang 'underdog' dan yang kurang mendapat liputan media akan menang.

Penulis yakin dengan kematangan perwakilan Kawasan memilih pemimpin terbaik untuk memimpin jamaah. 

Wasalam.


Read More >>